Senyum

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Malam ni sempat mendengar motivasi dari Ust. Pahrol Mohd Juoi..

Motivasi malam ni tentang senyum.

Menurut pakar psikologi, senyum menggerakkan 17 otot wajah.


Manakala jika anda kuat marah, atau geram anda memaksa 43 otot wajah untuk bergerak.

Mungkin itu antara sebab mudah kenapa orang yang mudah senyum itu awet muda.

Dan begitulah sebaliknya.

Tetapi kenapa walaupun senyum menggerakkan jumlah otot wajah yang sedikit tetapi masih tidak senyum?

Jawapannya mudah kerana senyum bukan hanya melibatkan otot. Kalau ia melibatkan otot sahaja, logiknya kita akan mudah senyum.

Namun oleh kerana senyum melibatkan juga hati, maka itulah susah hendak senyum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?