Jangan Santuni Anak Dengan Gajet

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Pagi ni saya hendak berkongsi topik yang selalu sangat kita dengar dan baca tetapi kita masih tidak peduli. Iaitu Gajet!

Dulu masa saya masih kecil dan dibangku sekolah, isu gajet ni tidak menjadi isu yang besar. Pada masa itu, isu yang hangat dan sinonim dengan zaman saya ialah internet. Internet, Cybercafe, Chatroom mIRC, Yahoo dan juga telefom bimbit Nokia 3310. 

Kini isu yang hangat dibualkan oleh ibu bapa ialah Gajet. Terlalu banyak gajet dijual dipasaran darilah harga mampu milik sehinggalah harga tidak masuk akal. Dan masalah timbul bila Anak disantuni dengan Gajet. 

Antara sebab gajet ini dapat memenuhi ruang masa anak-anak dan ibu bapa dapat melakukan kerja selain melayan anak.

1. SIBUKKAN DENGAN MAINAN MELIBATKAN MOTOR
Saya akui saya juga sibuk dengan gajet ketika di rumah, tetapi saya tidak santuni anak dengan gajet. Saya penuhi rumah dengan mainan anak seperti Basikal, Kereta Kecil dan Trek Mainan, Buku Mewarna & Buku Lukisan, Jigsaw Puzzle dan Lego. 

Sibukkan anak main Kereta Kecil & Trek Mainan

Saya pastikan anak tidak bosan dengan lambakan mainan ini tetapi tidak dengan Gajet.

2. SIBUKKAN DENGAN RIADAH
Selain itu, saya akan sibukkan anak dengan riadah. Antara riadah yang boleh dibuat ialah membawanya ke Pantai, Taman Permainan ataupun Pusat Membeli-Belah. Jika di kampung, saya pastikan anak-anak akan bermain dengan sepupu-sepupu nya. Malah yang menyeronokkan anak-anak saya dapat bermain di bawah rumah ketika air surut.
Farhan menolong atuknya memasang batu pukat

Ini adalah antara cara supaya anak tidak ada masa untuk mendekati gajet.

Bermain tanah lumpur

Farhan dan Rai Fatihah bermain ketika air surut


Kebanyakan dari kita santuni anak dengan gajet kerana berpandangan ianya adalah solusi atau penyelesaian terbaik dalam memastikan anak duduk diam.

Tetapi sebenarnya kesan jangka masa panjang akibat santuni anak dengan gajet akan membimbangkan.

Mulai hari ini, jangan santuni anak dengan gajet sebaliknya carilah alternatif lain jika anda sayangi anak anda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?