Cerita Kedai Kopi

Assalammualaikum.

Malam ni saya mau cerita tentang cerita kedai kopi.

Cerita kedai kopi sinonim dengan cerita kosong.

Cerita masalah negara.

Cerita politik kerajaan pembangkang.

Cerita sekolah anak.

Cerita bisnes juta-juta.

Cerita jiran sebelah rumah bergaduh suami isteri.

... dan apa saja yang boleh cerita.

Sebuah cerita yang tiada kesudahan dan betul salahnya.

Tetapi disebalik itu kita tidak sedar. Kita sedang diselubungi aura topik yang kita bualkan.

Maka aura itu bergantung dengan topik. Jika cerita positif, makan positif lah auranya. Dan begitulah sebaliknya.

Malam ni, selepas makan malam dengan kawan, kami bercerita tentang bisnes. Bukan bisnes juta-juta, bukan juga bisnes kontraktor.

Sekadar cerita bisnes untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya terasa aura positif. Rasa bersemangat semula untuk bisnes. Kembali bersinar cahaya kehidupan yang suram.

Doakan kejayaan saya.

Terima kasih atas nasihat dan perkongsian nya saudara!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?