Sebab Kenapa Anda Wajib Mengambil VIVIX
Apakah itu Vivix™? Vivix adalah minuman berkhasiat campuran botani yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Siapa yang memerlukan Vivix? Ya, sesiapa sahaja (18 tahun ke atas) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan. Sesuai untuk mereka yang sukar menelan vitamin dalam bentuk tablet/pil. Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil supplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan supplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghap...