Psoriasis
Apa itu Psoriasis?
Penyakit psoriasis merupakan keadaan kulit yang tidak normal yang mana kulit penghidap psoriasis menebal dengan lebih cepat daripada kulit yang normal. Kawasan yang manabiasa dihidapi oleh penyakit psoriasis adalah pada kulit kepala, lutut dan siku. Walaubagaimanapun psoriasis boleh juga menjangkiti di bahagian badan lain termasuklah kuku dan tulang.
Psoriasis sering disalah anggap sebagai penyakit kulit yang berjangkit seperti kurap tetapi ia sebenarnya tidak berjangkit. Anda tidak akan menghidap penyakit ini walaupun bersentuhan dengan pesakit psoriasis. Walau bagaimanapun, ramai beranggapan begitu oleh kerana keadaan fizikalnya yang mencacatkan rupa bentuk kulit seseorang pesakit itu.
Psoriasis akan menyebabkan kulit badan berkeruping, bersisik, bertompok-tompok merah dan rasa kegatalan
Penyakit ini kebiasaannya berasal dari keturunan atau genetik seseorang, alahan terhadap ubat-ubatan, cuaca dan ia akan semakin memburuk apabila seseorang berada dalam keadaan tekanan emosi. Mereka yang berpenyakit ini amat penting menjaga tekanan hidup mereka dan sentiasa mengawal emosi.
Ulasan
Catat Ulasan