Info Berkaitan Kulat Susu
Sebenarnya saya pertama kali dengar mengenai Kulat Susu ni. Hari ni rajin blogwalking. Dan dapatlah info mengenainya. Saya salin infonya disini ya. PUTIH SUSU DILIDAH BAYI Putih susu dilidah bayi juga dikenali sebagai kulat susu atau thrush . Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan kulat susu pada bayi. Ianya sebenarnya berasal dari kulat yang biasanya ada dalam sistem penghadaman setiap manusia. Semasa proses kelahiran dan melalui saluran kelahiran, kulat ini akan menjangkiti bayi. Tapi ia adalah tidak bahaya sebenarnya. Ia akan semakin membiak bila bayi belum ada keseimbangan hormon apabila bayi mula mengeluarkan hormonnya sendiri Selain itu, penggunaan antibiotik atau ubatan herba dan jamu yang diamalkan oleh ibu menyusu juga perlu berhati-hati kerana ia boleh dipindahkan kepada bayi melalui breastfeeding atau susu ibu. Dan yang paling penting mommies perlu tahu ialah, bila bayi anda dijangkati kulat ini, ibu juga boleh dijan...