Info Berkaitan Kulat Susu

Sebenarnya saya pertama kali dengar mengenai Kulat Susu ni. Hari ni rajin blogwalking. Dan dapatlah info mengenainya. Saya salin infonya disini ya.

PUTIH SUSU DILIDAH BAYI


Putih susu dilidah bayi juga dikenali sebagaikulat susu atau thrush. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan kulat susu pada bayi. 


Ianya sebenarnya berasal dari kulat yang biasanya ada dalam sistem penghadaman setiap manusia. Semasa proses kelahiran dan melalui saluran kelahiran, kulat ini akan menjangkiti bayi. Tapi ia adalah tidak bahaya sebenarnya. Ia akan semakin membiak bila bayi belum ada keseimbangan hormon apabila bayi mula mengeluarkan hormonnya sendiri

Selain itu, penggunaan antibiotik atau ubatan herba dan jamu yang diamalkan oleh ibu menyusu juga perlu berhati-hati kerana ia boleh dipindahkan kepada bayi melalui breastfeedingatau susu ibu.

Dan yang paling penting mommies perlu tahu ialah, bila bayi anda dijangkati kulat ini, ibu juga boleh dijangkiti terutama pada ibu yang menyusu badan. Kulat dari mulut bayi akan menjangkiti puting susu ibu. Adakalanya jangkitan itu akan menyebabkan ibu mengalami kesakitan pada putingnya namun ada setengah ibu tidak mengalami apa-apa kesakitan. Tidak semua bayi yang dijangkiti kulat akan menyebarkan pada ibunya pula.

BAGAIMANA UNTUK ANDA MENGENAL PASTI IANYA THRUSH ATAUPUN TIDAK?


Agak sukar untuk membezakan dengan mata kasar samaada keputihan dalam mulut bayi adalah thrush ataupun hanya saki baki susu. Cuma apa yang anda boleh perhatikan ialah, jikalau ianya thrush ia akan berada bukan sahaja diatas lidah malah diseluruh kawasan mulut termasuk lelangit dan juga di kawasan dalam pipi.

Selain itu anda juga boleh mencuba teknik ini, dengan mengambil sapu tangan yg dibasahkan dan alihkan keputihan itu. Jikalau ianya thrush ia susah untuk dihilangkan dan jikalau hilang pun kemungkinan akan meninggalkan luka atau sedikit pendarahan.

BAGAIMANA CARA MERAWAT KULAT SUSU ATAU THRUSH

Jikalau keputihan itu hilang, maka tak perlulah anda risau ya. Just berikan lebih banyak air masak kepada anak dan in shaa Allah ia akan hilang secara perlahan. Namun, jikalau anda mengenalpasti ianya adalah thrush, maka segeralah berjumpa dengan doktor. Doktor akan memberikan ubat titis anti fungal yang selamat buat bayi anda.


CARA UNTUK MENGELAKKAN BAYI DIJANGKITI KULAT SUSU


Walaupun jangkitan kulat ini boleh terkena melalui "terowong kelahiran", namun ada beberapa langkah yang boleh diambil oleh kita sebagai ibu bapa untuk mencegah bayi daripada terkena jangkitan kulat ini. Antaranya ialah::
  • mengelakkan diri dari pengambilanJAMU dan Antibiotik tanpa pengetahuan doktor terutama bagi breastfeeding moms
  • memberikan air masak kepada anak selepas meyusukannya kerana saki baki susu boleh memudahkan jangkitan kulat juga
  • bagi ibu breastfeeding pastikan mommies membersihkan puting sebelum menyusu
  • jikalau bayi anda sakit, bawalah berjumpa doktor dan jangan hanya mengambil ubat daripada farmasi.

Info kredit:- 
http://mummysayf.blogspot.my/2014/12/petua-air-kencing-hilangkan-putih-susu-kulat-dilidah-bayi.html?m=1 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular