Artikel Tentang Lelaki Diam
Benarkah lelaki lebih diam berbanding wanita? Ataupun mereka hanya akan mendiamkan diri apabila ada perkara mengganggu fikiran atau hatinya? Tiada kajian atau fakta boleh menunjukkan lelaki lebih pendiam berbanding wanita. Ini kerana, becok atau pendiam bergantung kepada perilaku seseorang manusia. Bagi yang sedang bercinta atau berumah tangga, wanita perlu peka dengan tingkah laku lelaki. Ini kerana fahaman anda tentang tingkah laku lelaki sedikit sebanyak akan membantu dalam perhubungan. Tidaklah anda cepat melenting apabila menghadapi situasi ini dan berfikir yang bukan-bukan pada kaum Adam. Jadi, ketahui sebab lelaki tiba-tiba mendiamkan diri. 1. Dilanda Masalah Biasanya lelaki begitu ego dalam hidupnya. Tidak hairanlah dia akan sedaya upaya menyelesaikan setiap masalah yang ada tanpa bantuan orang lain. Tetapi jika tiada jalan penyelesaian, maka dia lebih banyak berdiam diri kerana tertekan dengan masalah tersebut. 2. Berbicara Soal Perkahwinan Lucu bukan? Lelaki diam kerana dia s...