Artikel Tentang Lelaki Diam

Benarkah lelaki lebih diam berbanding wanita? Ataupun mereka hanya akan mendiamkan diri apabila ada perkara mengganggu fikiran atau hatinya? Tiada kajian atau fakta boleh menunjukkan lelaki lebih pendiam berbanding wanita. Ini kerana, becok atau pendiam bergantung kepada perilaku seseorang manusia.

Bagi yang sedang bercinta atau berumah tangga, wanita perlu peka dengan tingkah laku lelaki. Ini kerana fahaman anda tentang tingkah laku lelaki sedikit sebanyak akan membantu dalam perhubungan. Tidaklah anda cepat melenting apabila menghadapi situasi ini dan berfikir yang bukan-bukan pada kaum Adam. Jadi, ketahui sebab lelaki tiba-tiba mendiamkan diri.

1. Dilanda Masalah

Biasanya lelaki begitu ego dalam hidupnya. Tidak hairanlah dia akan sedaya upaya menyelesaikan setiap masalah yang ada tanpa bantuan orang lain. Tetapi jika tiada jalan penyelesaian, maka dia lebih banyak berdiam diri kerana tertekan dengan masalah tersebut.

2. Berbicara Soal Perkahwinan

Lucu bukan? Lelaki diam kerana dia seakan tidak percaya akan memikul satu tanggungjawab yang berat dalam hidupnya. Sentiasa memikirkan sama ada dia bersedia atau tidak bergelar ketua keluarga. Maka dalam tempoh bertunang atau beberapa bulan untuk berkahwin, kebanyakan lelaki akan pelik perangainya.

3. Putus Cinta

Itu petanda hatinya sedang terluka. Lelaki kebanyakannya akan diam apabila cintanya didustai ataupun dia menjadi penyebab segala apa yang berlaku. Waktu ini, anda sebagai rakan perlu memberinya ruang untuk berfikir. Dua hari kemudian barulah cuba bercakap dengannya.

4. Balik Rumah Mertua

Cuba perhatikan pasangan anda apabila di rumah mertua. Kurang bercakap dan jika bercakap pula menggunakan nada rendah. Kadang-kadang ada lelaki yang memilih untuk memerap di dalam bilik sahaja daripada bercakap dengan pihak mertua. Jika suami anda begini, lebih baik nasihatkan sedikit agar tidak dianggap kera sumbang.

Ini adalah artikel dari Maskulin Online . agak sentap juga bila tengok sebab yang ke4. Kena sebiji di depan hidung saya. 

Untuk sebab no.1 tu saya lebih suka katakan Banyak Berfikir, bukannya dilanda masalah. Saya suka untuk memikirkan pilihan yang ada dan memilih yang terbaik.

Untuk sebab no.2 dan no.3 juga sama seperti no.1 cuma seperti penjelasan lebih dalam untuk poin no.1.

Apapun majoriti lelaki mengikut pemerhatian saya memang lebih diam berbanding lelaki. Lelaki lebih suka bertindak berbanding bercakap.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular