Bulan Puasa Juga Wajib Minum 2 Liter Air Masak
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, Selamat berpuasa saya ucapkan walaupun sudah mencecah separuh masa yang kedua. Kalau dalam bola sepak atau sukan apa sekalipun, masa kedua ini penentu. Masa kedua ini juga pemain bersungguh untuk menang. Masa kedua ini tiada lagi istilah simpan tenaga. Masa kedua ini selalunya akan digunakan segala kudrat yang ada untuk MENANG!! Ya menang... Namun, bagaimana dengan kapasiti air dalam badan? Kebiasaannya semakin lama berpuasa, sebahagian kita semakin malas untuk memastikan air dalam badan sentiasa berada di tahap yang sepatutnya. Justeru, saya kongsikan bagaimana untuk mengekalkan air dalam badan. Tidak ada alasan untuk badan kita mempunyai air yang kurang dari yang sepatutnya. Cabaran lebih tertumpu kepada yang mengambil suplemen ataupun ibu menyusu. Bila mana malas untuk minum air masak sebanyak 2-3liter sehari pada waktu selepas sungkai sehingga waktu sahur, suplemen yang dibeli dan bersusun atas rak tidak berusik. Silap hari bulan, berhabuk...