Bulan Puasa Juga Wajib Minum 2 Liter Air Masak
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Selamat berpuasa saya ucapkan walaupun sudah mencecah separuh masa yang kedua. Kalau dalam bola sepak atau sukan apa sekalipun, masa kedua ini penentu. Masa kedua ini juga pemain bersungguh untuk menang. Masa kedua ini tiada lagi istilah simpan tenaga. Masa kedua ini selalunya akan digunakan segala kudrat yang ada untuk MENANG!! Ya menang...
Namun, bagaimana dengan kapasiti air dalam badan? Kebiasaannya semakin lama berpuasa, sebahagian kita semakin malas untuk memastikan air dalam badan sentiasa berada di tahap yang sepatutnya. Justeru, saya kongsikan bagaimana untuk mengekalkan air dalam badan. Tidak ada alasan untuk badan kita mempunyai air yang kurang dari yang sepatutnya.
Cabaran lebih tertumpu kepada yang mengambil suplemen ataupun ibu menyusu. Bila mana malas untuk minum air masak sebanyak 2-3liter sehari pada waktu selepas sungkai sehingga waktu sahur, suplemen yang dibeli dan bersusun atas rak tidak berusik. Silap hari bulan, berhabuk botol suplemen.
Jadi, sebagai memenuhi tanggungjawab sosial sebagai Pengedar Bebas Shaklee, suka saya kongsikan tips paling mudah untuk diamalkan, untuk pastikan badan kita dapat menerima air yang cukup di sepanjang bulan Ramadhan ini. MUDAH SANGAT!!!Ya mudah kalau diketahui dan lebih senang jika lepas tahu, buat!!

- Sediakan sebotol air masak yang ada tulis berapa liter. Lebih senang beli yang 1 liter atau 1.5 liter. Tidaklah anda tertanya-tanya berapa liter sudah anda minum. Nanti jadi masalah mengira lagi pula kan.
- Setiap kali ambil supplemen, ambil bersama 2 gelas air masak. Satu gelas dianggarkan 200ml~250ml. Jadi kalau ambil 3 kali iaitu selepas berbuka, sebelum tidur dan selepas sahur, paling kurang akan minum 600ml air kan.
- Bawa sebotol air masak semasa pergi solat terawikh. Setiap kali lepas 2 rakaat boleh minum air sikit-sikit. Jangan minum terlalu banyak, nanti tertinggal terawih pula untuk memenuhi keperluan hakiki ke tandas. Hehehehe
- Letak sebotol air masak di tepi katil. Manala tau tiba-tiba terbangun tengah malam boleh minum sikit. Atau sebaik bangun sebelum sahur minum sikit air.
Kan dah cukup 2L sehari. Senang kan? Kalau 3L, boleh tambah gelas antara
waktu-waktu yang tersenarai di atas. So tiada lagi alasan kata kurang
minum air. Oh ya! Satu lagi, dengan pengambilan air yang banyak juga
membuatkan kita dapat mengawal nafsu makan. Jadi, tidak la makan banyak,
dan secara tak langsung akan membantu kita menurunkan berat badan.Betul, semakin banyak minum air, insyaAllah semakin cepat kadar metabolisme dalam badan. Berbeza dari orang berpuasa tetapi tidak minum air yang banyak, sekiranya anda memenuhi keperluan 2-3 Liter air ini, anda akan lebih slim-melim dari orang yang tidak minum air banyak.
Ulasan
Catat Ulasan