10 Cara Untuk Meningkatkan Kecergasan Anda

Sebagai seorang lelaki, terdapat banyak perkara yang ingin dicapai dalam kehidupan. Salah satu daripadanya adalah pelaburan masa dan tenaga untuk kesejahteraan fizikal dan mental. 

Berikut adalah perkara yang boleh kita lakukan hari demi hari untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan mental.

10 Cara Untuk Meningkatkan Kecergasan Anda.

1. Tingkatkan Pengambilan Protein.

Protein membekalkan tenaga dan stamina yang berkekalan.
Memastikan anda berasa lebih kenyang diantara waktu makan.
Membina dan mengekalkan jisim otot anda.

Pilihan untuk protein yang sihat seperti daging tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak, kacang dan protein soya berasaskan tumbuhan.

2. Makan Multivitamin Setiap Hari.

Dengan gaya hidup yang sibuk dan kurangnya tabiat pemakanan yang sihat, anda mungkin terlepas banyak nutrien penting. Multivitamin boleh membantu untuk:-
  • Mengisi jurang pemakanan anda.
  • Meningkatkan penghasilan tenaga.
  • Meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.
Saya lanjutkan lagi 10 Cara Untuk Meningkatkan Kecergasan Anda.

3. Sentiasa Bersama Vitamin C

Vitamin C adalah antioksidan yang hebat untuk:-
  • Menyokong kesihatan umun anda.
  • Membantu pembaikan tisu.
  • Melindungis sel-sel anda daripada radikal bebas.
  • Meningkatkan kesihatan sperma & peluang untuk persenyawaan.
4. Ambil Dos Harian Omega 3

Omega - 3 terbukti berupaya untuk:-
  • Mengurangkan kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida.
  • Merendahkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu mengingkatkan fungsi kognitif untuk daya ingatan yang lebih baik dan ketajaman mental.
  • Menjadi agen anti-keradangan yang baik.
  • Menggalakkan sendi yang kuat.
5. Kekal Bertenaga dengan B Complex

Vitamin B :-
  • Menggalakkan pengeluaran tenaga badan anda.
  • Menambahbaik prestasi dan ketahanan otot. 
  • Memperbaiki memori dan tindak balas anda.
  • Meningkatkan mood dan kesihatan kognitif.
6. Lakukan Yang Terbaik Dengan Vitamin E.

  • Membantu memusnahkan radikal bebas untuk memastikan sel-sel sihat.
  • Meningkatkan keanjalan saluran darah untuk menggalakkan peredaran yang sihat.
  • Selenium membantu meningkatkan kecergasan dan membaiki kesihatan sperma.
Sudah Enam saya kongsikan 10 Cara Untuk Meningkatkan Kecergasan Anda. Semoga enam cara di atas dapat diamalkan. Sekiranya belum, jom mulakan amalan-amalan tersebut.

Saya teruskan lagi ya.

7. Dapatkan Perlindungan Dengan Polifenol.

Jadikan Polifenol sebagai jalan kepada kehidupan yang lebih bertenaga!
Ianya:-
  • Memastikan anda bertenaga dengan mengecas sel badan untuk prestasi terhebat.
  • Antioksidan hebat dengan sifat anti-radang.
  • Menggalakkan peredaran darah yang sihat.
8. Tinggalkan Tabiat Itu!

Apakah tabiat itu? Berhenti merokok untuk mengurangkan risiko terhadap penyakit berbahaya dan tingkakan prestasi kelelakian anda. Tambahan lagi, anda akan kelihatan lebih muda, bau lebih menyenangkan, dan pastinya lebihan wang tambahan di dalam poket anda.

9. Teruskan Berusaha

Bersenam:
  • Menggalakkan peredaran darah yang sihat, menjadikan anda sihat dan kuat.
  • Membantu badan merembeskan endorphin yang membuatkan anda bahagia.
10. Makan dan Kekal Cergas

Nutrien adalah sumber tenaga untuk otak dan ia berhubung rapat dengan kesihatan mental serta emosi anda. Untuk kesihatan secara menyeluruh, tingkatkan pengambilan untuk:-
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Karbohidrat yang tidak ditapis.
  • Lemak yang sihat.
  • Protein tanpa lemak.
  • Makanan yang rendah indeks glisemik (GI).
  • Serat.
Demikian, sedikit sebanyak mengenai perkongsian 10 Cara Untuk Meningkatkan Kecergasan Anda. Semuanya bermula dari diri anda. Mulakan hari ini dan jangan bertangguh lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?