Biarkan Anak Bermain Kotor.. TAPI Hadkan.

Semua yang dilihat oleh anak pasti mereka akan sentuh, termasuk tanah becak yang pada pandangan kita sangat kotor.

Lagi kita halang lagi mereka nak buat. Tapi tahukah anda sebenarnya anak-anak yang didedahkan dengan aktiviti sebegini akan mempunyai daya tahan yang lebih kuat berbanding kanak-kanak yang jarang didedahkan dengan persekitaran bermain secara terbuka.


Ternyata, pendedahan kepada pelbagai jenis mikrob dari tanah dapat membantu anak menjadi lebih kuat dan tahan penyakit. Sebaliknya, bagi ibu bapa yang terlalu melindungi anak-anak atau dalam kata mudahnya pembersih, anak cenderung memiliki daya daya tahan badan yang lemah  kerana ia tak terdedah oleh pelbagai jenis bakteria.



Buat pengetahuan ibu bapa, bermain lumpur atau tanah sebenarnya  membantu meningkatkan fungsi kognitif. Si kecil akan belajar pelbagai rangsangan yang berbeza, seperti rumput yang basah, tiupan angin, batu kerikil yang kasar, sehingga lumpur yang kotor.

Walaupun begitu, kebanyakan ibu bapa sekarang cenderung untuk mengehadkan aktiviti anak hanya di dalam rumah. Apabila anak keluar bermain di luar dalam tempoh yang singkat dimarah seperti anak melakukan kesalahan besar.

Adakah kita mahu anak kita berada dalam dunianya sendiri dan apabila berjumpa orang ramai jadi takut.?

Sebenarnya  membenarkan anak bermain secara terbuka dapat membantu si kecil menjadi lebih santai dan tenang. Biasanya, mereka akan tertawa apabila tubuhnya dipalit dengan sisa kotoran. Pada masa itulah, hatinya girang dan tahap stres menurun.

Jadi, tak perlu memarahinya bila mendapati tubuh anak kotor oleh lumpur atau tanah. Yang boleh anda lakukan adalah memberinya batasan pada waktu bila dia boleh bermain kotor, dan memastikan agar  kembali bersih selepas bermain kotor.


Sumber :- Facebook Pa&Ma

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?