Tabiat Malas - Pesan Dr.Maza

Tabiat Malas Antara Penyebab Kemunduran Diri

Antara doa yang Nabi s.a.w ajar untuk kita melaziminya ialah:
اللَّهمَّ إنِّي أعوذُ بِكَ منَ العَجزِ والكسَلِ
"Ya Allah! Sesungguhnya daku berlindung denganMU daripada lemah dan MALAS" (Riwayat al-bukhari dll).

Malas menjadi penyebab seseorang enggan berusaha kepada kadar yang sewajarnya. Dalam kalangan masyarakat ramai yang miskin antara puncanya kerana malas untuk berusaha. Ada yang bodoh ataupun mudah ditipu oleh pihak lain kerana malas berfikir.

Malas berikhtiar telah menjadi ramai orang tidak dapat melangkah ke hadapan. Tabiat malas mungkin menjadi sebab rumah kotor,  halaman rumah semak samun, diri tidak terurus, kerja tidak selesai, rezeki tidak bertambah dan kerja tidak terurus.

Memerangi TABIAT MALAS merupakan usaha terpenting dalam mengubah kehidupan masyarakat ke arah yang lebih baik. Maka, berdoalah pohon dijauhi daripada lemah dan malas.

Seorang yang pemalas bukan muslim yang baik dan tidak layak mendapat bantuan dalam kemunduran yang berpunca dari kemalasannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?