3 Perkara Penting Saat Berpantang

Perjuangan seorang isteri tidak terhenti sejurus melahirkan anak.

Episod baru Buku baru.
Sejurus melahirkan anak, cabaran isteri atau ibu ialah saat berpantang.

Darilah pemakanan, kesihatan dan mental kena kuat dan dijaga dengan cermat.

Alhamdulillah isteri sangat menjaga makan minumnya sepanjang proses berpantang ini. Makan di awal waktu, makan panas-panas dan minuman juga kena jaga. Begitu juga dengan mandi dengan air suam.

Untuk kesihatan, rehat kena cukup dan kena pandai menyusun waktu rehat. Kena ikut waktu bayi dan bukan waktu siang atau malam. Kebiasaanya bayi akan nyenyak tidur pada jam 9 pagi dan sangat aktif pada jam 2-5 pagi. Sedangkan lazimnya waktu tersebut adalah sebaliknya untuk isteri. Maka itu selepas sarapan pagi, isteri dan bayi akan tidur berehat pada waktu begini. Cabaran persekitaran dan sokongan keluarga amat penting. Toleransi seperti tidak membuat bising pada waktu begini amatlah dititikberatkan.

Rehat yang cukup memainkan peranan penting dalam menghasilkan susu yang meriah untuk bayi. Dan ianya juga bersangkut paut dengan mental isteri.

Sebab itu penting ketiga elemen yang saya nyatakan diatas pada masa berpantang.

Alhamdulillah isteri mengamalkan Shaklee dalam berpantang.

1. ESP
Untuk meningkatkan tenaga dan menjadikan kulit isteri tidak kusam.

2. Vitalea
Zat Besi (Iron)

3. B Complex
Membantu melegakan stress dan mengembalikan tenaga di tahap optimum.

4. Sustained Release Vita C Plus
Melepaskan vitamin c secara berperingkat.

5. Ostematrix
Memberikan kalsium yang secukupnya.



Nah saya belanja gambar terbaru Hadif di hari kelima. Untuk pengetahuan, tali pusat baru sahaja tertanggal jam 5 pagi tadi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?