Perasaan Putus Asa
Malam ni sekali lagi dapat menonton fb live dari seorang Master Shaklee, Tn Hj. Roslan.
Saya tertarik dengan ulasan Perasaan Putus Asa. Katanya perasaan putus asa wujud menandakan kejayaan akan datang.
Hebat. Suatu situasi yang negatif tetapi dilihat dari sudut yang positif.
Perasaan putus asa merupakan sebahagian daripada proses untuk berjaya. Setiap yang berjaya pasti akan melalui satu perasaan putus asa.
Perasaan putus asa wujud disebabkan matlamat yang ingin dicapai tidak kesampaian.
Perasaan putus asa hadir kerana apa yang diimpikan belum tercapai.
Perasaan putus asa jika dilayan maka satu yang pasti kita dapat ialah kegagalan. Tetapi jika tidak dilayan, yakinlah kejayaan sedang menanti.
Aura positif hadir dengan menghadiri majlis-majlis ilmu. FB Live ini bagus ditonton kerana tidak perlu ke lokasi. Hanya duduk di rumah, sambil minum minuman panas dan buat catatan.
Terima kasih atas sebuah perkongsian yang menarik itu.😍😍😍
Ulasan
Catat Ulasan