Otak Lebih Pintar Dengan Susu Ibu
Artikel ini saya copy dari http://www.ummuainansupermom.com/2013/07/otak-lebih-pintar-dengan-susu-ibu.html untuk memudahkan para pembaca dan pelancong blog saya ini membaca terus dari sini. Selamat membaca.
Fahami bagaimana susu ibu membantu perkembangan otak.
Oleh Professor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan.
Terdapat banyak cara ibu bapa boleh menyokong perkembangan ini. Satu daripada cara paling asas (dan penting) ialah memberikan segala nutrien yang perlu untuk perkembangan otak dan juga pertumbuhan si manja secara keseluruhannya.
Susu Ibu adalah yang Terbaik!
Kesan penyusuan ibu ke atas kepintaran kanak-kanak semakin
diakui di seluruh dunia. Menurut World Alliance for Breastfeeding
Action (WABA), susu ibu bukan sahaja penting untuk kesihatan,
tetapi juga untuk meningkatkan perkembangan otak. Susu
ibu mengandungi segala nutrien yang penting untuk
perkembangan otak:
Bagaimana Otak Berfungsi
- Lemak – Susu ibu mempunyai kandungan asid lemak poli tak tepu yang lebih tinggi, khususnya DHA (asid dokosaheksanoik) dan AA (asid arakidonik), yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak (seperti sinaptogenesis, fungsi membran, dan mungkin juga pemielinan).
- Kolesterol – Susu ibu juga mempunyai kandungan kolesterol yang lebih tinggi. Kolesterol penting untuk memudahkan pemielinan sistem saraf pusat, yang mempunyai kandungan lipid dan kolesterol tinggi.
- Taurina – Taurina adalah asid amino yang banyak terdapat dalam susu ibu dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tisu otak. Taurina juga penting untuk sintesis dan pelepasan pengutus neuro otak. Oleh sebab badan bayi sendiri tidak dapat menghasilkan taurina, adalah penting untuk memastikan si manja mendapat bekalan yang secukupnya daripada makanan yang diberikan.
Lebih Banyak Manfaat daripada Susu Ibu
- Susu ibu melindungi bayi daripada penyakit yang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan, dan menjejaskan pembelajaran dan pendengaran.
- Susu ibu memastikan interaksi lebih kerap dan mendedahkan bayi kepada bahasa, tingkah laku sosial positif, dan rangsangan penting.
- Susu ibu membolehkan perkembangan visual dan aktiviti visual lebih baik, menambah kesediaan untuk membaca dan belajar.
“Makanan Otak Terbaik,” Menurut Hasil
Penyelidikan
Hasil penyelidikan telah menunjukkan pelbagai manfaat susu ibu
ke atas perkembangan otak. Jadual 1 di bawah adalah antara yang
penting:Jadual 1: Kajian ke atas pemberian susu ibu dan kepintaran kanak-kanak
Beri yang Terbaik untuk Si Manja Anda
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan pemberian
susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan penuh. Selepas itu,
pemberian susu ibu diteruskan dengan tambahan makanan
yang sesuai sehingga si manja berusia 2 tahun dan ke atas.
Adalah penting untuk anda mempertimbangkan tempoh
penyusuan ibu seperti disyorkan kerana ia boleh
membawa manfaat kepada perkembangan
otak si manja sepanjang waktu awal hayatnya.
*************************************
Ramai yang risau sebab tidak dapat menghasilkan susu untuk anak-anak khususnya yang baru lahir. Pelbagai cara dan kaedah dilakukan semata-mata untuk menghasilkan susu. Shaklee sebagai syarikat suplemen nombor 1 di US mencadangkan ESP dan Alfalfa Complex sebagai salah satu cara untuk memperbanyakkan susu. Banyak atau sedikit itu perkara kedua kan. Yang penting mencuba dan berusaha itu lebih baik. Hubungi saya di 012-8693236 atau Diyana 017-8322572 untuk mendapatkan produk Shaklee ini dengan harga yang istimewa. Untuk kawasan Kota Kinabalu sampai Tuaran, Papar , Putatan , UMS, Sepanggar dan sekitarnya, saya akan menghantar terus ke pintu rumah anda. Untuk di Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Lahad Datu dan Tawau boleh juga cuma hubungi Saidah 012-8016950 dan Eren 0195872070.
Jom Sehat Sekaki bersama-sama Shaklee dan kami.
Menukar Jenama Boleh Mengubah Hidup Anda.
Ulasan
Catat Ulasan