6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Kesilapan terbesar masyarakat ketika mengamil vitamin / suplemen / makanan tambahan ialah MENGABAIKAN pantang larang ketika mengambil vitamin. Kadang-kadang pengedar vitamin tidak menekankan pantang larang ini kepada pelanggan mengakibatkan pelanggan atau pengguna vitamin melanggar pantang larang kerana tidak mengetahui.

Justeru, mengambil tanggungjawab sosial kepada para pengguna vitamin khususnya Shaklee, dan mengekalkan prinsip Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Mesra Alam Sekitar ini, catatan kali ini menekankan 6 Pantang Laran Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen.
Shaklee Sandakan

Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak membantu anda untuk lebih mengenali suplemen masing-masing dan yang lebih penting anda dapat apa yang anda inginkan dengan mengambil vitamin atau suplemen Shaklee ini.

Besarlah harapan kita lepas makan vitamin supaya mendapat hasil/kesan yang kita nak. Makan set kurus jadi kurus, makan set sendi, lutut dan sendi jadi baik, Makan vitalea dan vitamin c terus jadi cergas. Tapi tak semua orang dapat kesan yang baik. Ada yang makan, tapi tak berkesan pun. Sebelum makan dan selepas makan, sama je.
Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah…berkat istiqamah [ amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan] even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Shaklee Sandakan

Shaklee Sandakan

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.


3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.

-Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

-Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.



6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:

Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa

Pesakit talasemia: Vitalea

Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.

Kami adalah Pengedar Shaklee di Kota Kinabalu sehingga Tuaran dan Papar.

Kami juga menyediakan penghantaran tunai di sekitar Kota Kinabalu sehingga Tuaran dan Papar.

Kami juga pengedar Shaklee di Kota Kinabalu, Sandakan, Telupid, Lahad Datu dan negeri Sabah secara khusus dan seluruh Malaysia secara amnya. Penghantaran di Semenanjung Malaysia adalah RM15 dan di sekitar Sabah adalah RM20.

Hubungi saya Irman Rahaban
Pengedar Bebas Shaklee
012 869 3236
COD Kota Kinabalu sehingga Tuaran dan Papar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular