Cyberjaya - Putrajaya Perdana Twincity Marathon 2014
7jam 24minit itulah catatan masa untuk larian (banyak jalan) untuk larian Cyberjaya - Putrajaya Perdana Twincity Marathon yang saya sertai pada 21 Disember baru ni. Alhamdulillah catatan ini semakin baik dari larian Full Marathon saya bulan September lepas. Larian dimulakan pada jam4 pagi di D'Pulze Cyberjaya. Apa yang baik nya larian kali ini, ialah kemudahan solat subuh yang disediakan hampir kebanyakan water station. Memadaidengan khemah dan tikar sejadah, mmemudahkan pelari untuk solat subuh. Catatan larian 10km yang pertama agak baik tetapi semakin perlahan kerana sakit tapak kaki ni masih tidak berubah walaupun sudah menukar kasut larian. Cumanya sakit ini datang agak lewat bukan seperti biasa seawal 5km. Larian kali ni juga menyuntik elemen kejutan di KM30 dengan roti canai di water station! Ya tidak pernah lagi saya makan roti canai semasa berlari begini. Apa lagi 2 keping la dimakan. Laluan juga agak sunyi mungkin ini kawasan industri yang ada hanya ...