3 Petua Minum 3Liter Air Masak

Sebenarnya amat mudah untuk menjadikan minum 3 liter air masak sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Cuma mungkin mengambil masa untuk sebati dalam diri. Namun usaha anda untuk mencukupkan minum air sekurang-kurangnya 3 liter merupakan suatu kejayaan juga. Suatu usaha yang patut dipuji.

Sebagai menyokong usaha keras anda, jom saya kongsikan 3 petua menjadikan meminum3 liter air masak sebagai budaya supaya tidak lupa.

Tips No. 1
Sediakan 2 botol 1.5 liter. Anda akan dapat memantau air yang anda minum. 2 botol bukan banyak sangat kan. Pastikan botol tersebut berada di atas meja kerja anda. Ini juga membantu mengingatkan bahawa anda perlu minun air.

Tips No. 2
Jika anda rasa 2 botol juga banyak, saya cadangkan anda menggunakan botol minuman yang berkapasiti 3 liter. Bawa ia kemana-mana sekalipun. Kalau perlu bawa semasa mesyuarat, silakan. Moga dengan membawa botol minuman ke bilik mesyuarat,  akan dapat menarik lebih ramai orang untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Tiada lagi tekanan dan teka-teki berapa liter sudah anda minum.



Tips No. 3
Jika anda rasa janggal juga membawa botol minuman sebesar alam, apatah lagi anda seorang lelaki.  Mungkin terasa hilang macho jika membawa botol minuman, saya akan cadangkan anda memuat turun aplikasi telefon pintar water your body.  Selepas anda memuat turun aplikasi tersebut, aplikasi ini akan bertindak seperti alarm system yang memberitahu dan mengingatkan anda untuk minum. pelbagai pilihan kuantiti air diberi, cuma pilih kuantiti tersebut. Di awal aplikasi tersebut, anda juga perlu memasukkan berat badan anda dan corak gaya hidup anda samada sering kerja di lapangan atau anda suka bersukan. Ini untuk menentukan berapa banyak air yang perlu anda minum.




Semoga dengan perkongsian ini akan dapat membantu lebih ramai orang ubtuk minum air masak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular