Lari Lari Terus Berlari
Wow bukan main lagi tajuk kali ini. Hari ini mencatat sejarah lagi. Kebiasaannya saya tidak akan berlari untuk dua hari berturut-turut untuk jarak yang sama ketika berjoging. Kalaupun saya berlari, saya akan berlari jarak yang kurang dari hari sebelum nya. Saya adalah Pengedar Shaklee Kota Kinabalu dan juga seorang Marathoner yang semakin aktif berlari berlari dan terus berlari.
Larian dua hari di sepanjang Teluk Likas |
Tetapi hari ini berbeza. Hari ini saya berlari dengan ditemani kawan. Memang semangatnya berbeza berbanding berlari sendirian. Berbeza juga dengan berlari bertemankan lagu di telinga. Dengan berteman, tidak terasa jaraknya, masanya dan juga penatnya. Dengan berteman, mental nya berbeza. Tidak hairanlah antara syarat berlari ialah BERTEMAN.
Kemarin dapat lari 9KM mengikut rekod Runkeeper. Hari ini pula dapat berlari 8.99KM. Apapun setibanya dirumah, memang tapak kaki mengerang dan meragam. Cepat-cepat ambil 2 biji Advanced Joint Healt Tablet (AJHT) selain minuman peneman marathon Performance Drink. Saya adalah Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Teman Terbaik Marathon |
Mengelakkan Dehidrasi Ketika dan Selepas Marathon - Pengedar Shaklee Kota Kinabalu |
Persediaan menghadapi Full Marathon saya yang ketiga kali ini agak mencabar. Dan kali ini saya perlu bersungguh-sungguh kerana FM saya kali ini menetapkan masa cut off time 7 Jam! Saya pernah mengikuti FM sebanyak dua kali tetapi keduanya tidak menetapkan cut off time. FM saya yang pertama mencatatkan masa 8 Jam 30 minit. Manakala FM saya yang kedua 7jam 59 minit. Itu antara sebab saya bersungguh pada kali ini.
Jika saya berjaya menamatkan larian dalam masa yang ditetapkan iaitu 7 Jam, bermakna saya telah merakamkan larian terbaik saya tahun ini. Dan Cyberjaya- Putrajaya Twincity Marathon ini merupakan penutup larian saya tahun 2014.
Cyberjaya- Putrajaya Twincity Marathon - 21 Disember 2014 |
Ulasan
Catat Ulasan