Rangsang Anak-Anak dan Latih dengan Deria Rasa, Lihat, Dengar...
Merangsang perkembangan anak-anak bukan hanya tertumpu kepada fizikalnya
sahaja. Kanak-kanak cepat belajar perkara baru. Banyak yang ingin
diteroka termasuk keindahan alam semula jadi.
Walaupun tidak pandai bercakap lagi tetapi bayi juga bosan jika asyik duduk di dalam rumah sahaja. Apa kata mama atau papa bawa si kecil meneroka perkara baru. Tentu seronok kan.
Aktiviti mudah ini membantu merangsang perkembangan deria bau, lihat, dengar dan sentuh mereka. Selain bagus untuk perkembangan deria, ia turut merangsang koordinasi tangan dan mata yang merupakan kemahiran yang perlu diperkembangkan.
1. Bawa si kecil melihat pokok-pokok kecil di halaman rumah atau di taman bunga. Tunjukkan dan beritahunya, tentang pokok. Nyatakan warna pokok itu. Ia sekali gus mengajar si kecil mengenai warna. Biarkan dia menyentuh pokok itu. Jika enggan, bantunya menyentuh dan memegangnya.
2. Sekali-sekala biarkan anak kecil anda terdedah di bawah cahaya matahari. Seeloknya pada waktu antara pukul 9.00 sehingga 10.00 pagi iaitu tidak terlalu panas. Ia juga dapat membekalkan vitamin E untuk kulitnya. Beritahu si kecil berkenaan cahaya matahari.
3. Pilih pokok yang berbunga dan berwarna. Si kecil amat gemar kepada sesuatu yang menarik perhatiannya. Ia membantu anak untuk fokus kepada objek yang dilihatnya. Biarkan dia sentuh dan bau bunga tersebut. Beritahunya tentang bunga yang berbau wangi.
4. Si kecil selalu suka dirinya dibelai dan dimanjakan. Dakapan dan kucupan penuh kasih sayang memberikan aura positif yang membantu perkembangannya. Setelah penat berjalan dan belajar, tiba masa mama bergurau senda dengan anak. Lihat dan pandang ke wajahnya. Katakan hari ini sangat menyeronokkan kerana dapat belajar tentang alam semula jadi.

Ulasan
Catat Ulasan