Tips Hilangkan Jerawat Secara Semulajadi

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa kata cuba cara-cara menghilangkan jerawat secara alami menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati di persekitaran kita. Antaranya :

1. Tomato 
Tomato mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat. Belah  tomato kepada 2 bahagian. 1 bahagian dilumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering. Kemudian cuci dengan air suam.1 bahagian lagi di makan. Lakukan setiap hari.

2. Kulit Kayu Manis
Asahkan 1 batang kulit kayu manis pada belakang pasu atau pengasah dan campurkan dengan sedikit madu. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Sapu nipis-nipis pada permulaan kerana dikhuatiri ada yang tak tahan dengan rasa panas kulit kayu manis ini.


3. Lidah Buaya (aloe vera)
Lendir lidah buaya dapat menghilangkan jerawat dan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa bahagian dan kupas kulit luarnya. Kemudian sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Lakukan pada setiap pagi dan  petang. 


4. Ubat Gigi
Letakkan nipis-nipis ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat sebelum tidur. Biarkan semalaman kemudian bilas dengan air suam. Kandungan ubat gigi membantu mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.


5. Putih Telur
Pisahkan kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah.


6. Pucuk Jambu Batu
Ambil segenggam pucuk jambu dan lumatkan. Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka dan selepas itu cuci dengan air suam.


7. Air Basuhan Beras
Air basuhan beras juga mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan kulit. Basuh muka dengan air basuhan beras dan biarkan ia kering sendiri dimuka. Setelah kering, baru cuci dengan air suam.


8. Limau Nipis Dan Minyak Masak
Sebelum tidur, sapukan campuran limau nipis dan minyak masak ke seluruh muka dan  jika anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esoknya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa.


9. Daun Teh
Didihkan daun teh dan setelah daun teh itu menjadi lembut, tekapkan ke muka atau bahagian yang ditumbuhi jerawat.


10. Hilangkan Jerawat Dengan Air Kelapa
Bersihkan muka terlebih dahula. Kemudian cuci dengan air kelapa dan biarkan ia kering sendiri. setelah kering, cuci dengan air suam. Amalkan 3 kali seminggu.


11. Hilangkan Jerawat Dengan Kanji Nasi
Sejukkan sedikit nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.


12. Putih Telur, Tepung Jagung Dan Minyak Zaitun
Campurkan putih telur dan 1 sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia sesuai untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.


13. Tepung Kanji
Campur tepung kanji dengan air suam, kemudian sapukan  disekeliling jerawat. Campuran ini akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.


TIPS dalam menjaga kulit bebas jerawat!!

1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.
2. Jangan kerap menggunakan make up yang tebal dan pastikan kulit dibersihkan dengan sempurna sebelum tidur.
3. Jangan menggunakan rangkaian penjagaan muka yang tinggi bahan kimia. Pilih yang lembut dan bersesuaian dengan kulit berjerawat atau sensitif.
4. Jangan sesekali memicit jerawat dengan kuku kerana akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, nanah, jangkita kuman ke bahagian lain dan menjadi parut.

5. Paling penting, pastikan pengambilan air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Elakkan makanan berkolestrol tinggi, berlemak dan pedas.
6. Elakkan stress kerana ia akan merangsang hormon dan sebum akan dikeluarkan secara berlebihan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular