Cara Mudah Mengesan Batu Karang Ginjal

Cara mudah mengesan batu karang ginjal

Kehadiran batu karang (pemendakan mineral) di ginjal (buah pinggang) amat menyakitkan bagi sesiapa yang pernah mengalaminya. Kebanyakan kita kurang pasti sama ada kesakitan yang dialami di bahagian abdomen, perut atau belakang adalah disebabkan oleh masalah batu karang di ginjal atau penyakit lain. 



 Oleh itu, cara mudah untuk mengetahui sama ada anda mempunyai batu karang di ginjal ialah:

1. Periksa warna air kencing anda

Warna air kencing boleh digunakan sebagai petunjuk bagi kehadiran batu karang di ginjal. Warna air kencing yang lebih gelap atau pekat, terutamanya apabila air kencing bertukar menjadi warna coklat, atau warna berkeladak, menunjukkan ada masalah ginjal. Dihidrasi (kurang air) boleh menyebabkan pemendakan mineral yang akan membentuk batu karang di dalam ginjal kerana ginjal tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai penapis dengan berkesan sekiranya kurang air.

2. Sakit atau panas semasa kencing kerana kesukaran mengeluarkan air kencing yang tersekat oleh batu karang,

3. Sakit yang amat sangat di perut atau abdomen atau kawasan ginjal di belakang, bergantung kepada di mana batu karang tersebut berada. Jika sakit ini berterusan, anda perlu berjumpa doktor untuk mendapat rawatan yang sesuai.

4. Jumpa doktor, dan jika perlu buat X-ray bagi memastikan kedudukan batu akrang sebelum ia dapat dikeluarkan atau dihancurkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular