Catatan Motivasi Dari Dr. Azizan Osman

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Hari ini saya kongsikan di pagi yang mulia ini, satu catatan daripada Dr. Azizan Osman untuk menjadi motivasi kita semua.

5 langkah penting untuk capai impian anda!

Anda mahu doa & bertindak capai apa yang anda inginkan? In sha Allah 5 langkah penting ini membantu anda untuk lebih konsisten ke arah apa yang anda inginkan :-

1/ Fokuskan minda anda kepada saat ini - Lakukan sesuatu yang boleh bantu anda fokus atau khusyuk seperti solat dengan penuh khusyuk samada 5 waktu atau solat sunat. Jangan fikiran melayang-layang.

2/ Bersyukur - Selepas minda anda fokus seperti No.1, anda submit pujian-pujian kepada Allah swt Tuhan semesta alam dan nyatakan apakah yang anda syukuri yang anda ada pada saat ini.

3/ Beritahu Diri- Beritahu diri anda samada dengan melihat atau visualise dalam fikiran anda, mendengar, merasakan apa yang anda ingankan dan ulang sebut apa yang anda inginkan

4/ Menulis berulang kali 3-5 matlamat penting apa yang anda inginkan. Anda ulang lakukan ini especially ketika down.

5/ Mencari sumber kekuatan & bertindak- MuIakan tindakan ikut keberanian dan kemampuan anda tetapi pada masa yang sama cari sumber kekuatan. Ini melibatkan beberapa perkara seperti berkawan atau berada di sekeliling mereka yang menyokong apa yang anda ingin capai atau mereka telah mencapainya. Mempunyai proven success mentor yang boleh menjadi inspirasi dan berkongsi ilmu serta strategi dengan anda samada secara online, media sosial, youtube, buku atau seminar-seminar. Belajar apa cara sekalipun asalkan ia membuatkan anda lebih mudah mencapai apa yang anda inginkan In sha Allah.

Tidak ada perkara yang susah bagi orang yang MAHU In sha Allah.

天下无难事,只怕有心人!
tiān xià wú nán shì ,zhī pà yǒu xīn rén

Maksudnya: Tidak ada perkara yang susah dalam dunia ini, cuma takut tidak sungguh-sungguh hatinya untuk mendapatkannya!

Semoga bermanfaat dan silakan share!

#AzizanOsman

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular