OBESITI - MENGAPA GAGAL KURANGKAN BERAT BADAN

Catatan ini saya ambil daripada pages Facebook Dr. Hamid Arshat. Moga-moga dapat kita ambil perhatian sebagai panduan.

Obesiti- Mengapa Gagal Kurangkan Berat Badan
1. KEMANDULAN DAN KESUBURAN.
Memang benar kegemukan menyebabkan berbagai penyakit. Ia mengganggu kesuburan, kehamilan dan kelahiran. Sering dikaitkan dengan PCOS, menyebabkan telur tidak matang, kemandulan dan gangguan haid. Bila hamil, risiko gugur premature Labour, bayi meninggal dalam perut juga meningkat.

2. DENIAL.
Orang obese ada masalah minda. Mereka menyangkal hakikat bahawa, mereka makan berlebihan, 'Denial Syndrome'. Hanya makanan berlebihan sahaja yang menyebabkan seseorang gemuk, khususnya makanan lebih gula dan karbohidrat. Seboleh-bolehnya mereka cuba menyorok, seperti makan berseorangan, makan waktu selingan dan luar waktu makan.

3. CATIT CITA-CITA DAN SASARAN
Semua orang ada cita-cita dan azam, nak sihat, kaya, bahagia berkeluarga, warak dan taqwa. Catitkan cita-cita kita dan senaraikan sasaran dalam note book. Jadikan satu tabiat mencatit setiap hari. Rancang tindakan-tindakan untuk capai sasaran. Kali ni cita-cita kita nak KURUS BADAN.

4. KAWAL DAN KURANGKAN MAKANAN.
Lakukan Exercise 30 minit setiap hari. Dua tindakan ini sangat penting dan berkesan untuk kurus.

5. CATITKAN SASARAN BAGI SETIAP MINGGU DAN SETIAP BULAN.
Misalnya nak capai pengurangan berat 2 atau 3 kilo setiap bulan. Sasaran terakhir nak kurang berat 20kg. Pantau setiap hari, minggu dan bulan. Setiap pagi kata pada diri sendiri. Berbisik atau dengan kuat. Saya BOLEH BUAT! Berulang kali sampai ia masuk dalam 'subconscious minds'.

6. AMALKAN PEMIKIRAN POSITIVE.
Hilangkan denial syndrome. Katakan pada diri sendiri,
"Aku boleh hamil bila kurus"
"Aku lebih cantik bila kurus"
"Suami aku lebih sayang bila kurus, cantik dan ada anak" .
Ulang setiap waktu bila lapang.
Tengok gambar wanita yang cantik dan langsing badannya. Tenung dan bayangkan diri kita begitu.

7. UBAH TABIAT MAKAN
Ambil sedikit makanan. Pakai pinggan kecil.
Jangan tambah sajian.
Kunyah lama-lama, 20x kunyah bagi setiap suapan. Makanan selingan (tea dan coffee break), makan buah badam, kismis atau kurma. Minum green tea. Mulakan dengan buah-buah sebelum makan lunch dan dinner.

8. BERDOA AGAR CITA-CITA DAN USAHA KITA DI MAKBULKAN ALLAH. Aaamiin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular