Pilih Menjadi Seperti Lebah atau Lalat
Tular sejak semalam, Menteri Belia & Sukan yang baharu, Syed Saddiq mengutip sampah selepas perlawanan Akhir Bola Sepak FA antara Pahang dan Selangor.
.
Komen-komen dari IG rata2 tidak fokus kepada apa yang cuba disampaikan sebaliknya mencari apakah kesalahan dalam video tersebut.
.
Dalam apapun video yang ditayang di mana pun termasuk media sosial, kita berhak menulis komen apapun.
.
Kita boleh memilih untuk menjadi seperti lebah yang mengutip manisnya bunga dan memberikan madu kepada orang.
.
Atau kita boleh menjadi seperti lalat yang tertarik dengan bau busuk.
.
Tiada beza pun antara penyokong Jepun yang membersihkan tempat duduk selepas perlawanan bola sepak Piala Dunia baru-baru ini ataupun pemain dan pegawai Bola Sepak Jepun di bilik persalinan, dengan apa yang dibuat oleh YB KBS tu.
.
Tapi masyarakat kita lebih cenderung untuk mengutuk dan paling biasa menghakimi apa yang dibuat.
.
Kita pilih untuk Malaysia yang Baharu tetapi tidak sanggup untuk mengubah mentaliti dan sikap.
Ulasan
Catat Ulasan