Iktibar Adik Syurga Adam Rayqal

Istigfar semoga kita tidak dipengaruhi nafsu amarah ketika mendengar musibah ini. Siapa tidak marah bila anak kecil berumur 5 bulan yang pada mulanya dikatakan hilang di rumah pengasuh. Kemudian didapati di dalam beg hijau dalam peti sejuk rumah pengasuh.
.
.
Kita marah dengan pengasuh yang dikatakan tidak berperikemanusiaan dan berjiwa haiwan sanggup membunuh kanak-kanak tersebut.Cuma saya tidak akan mengulas perkara tersebut.
.
.
Kita istigfar banyak-banyak, tutup mata dan tarik nafas dalam-dalam. Saya tidak menonton pun video tular mengenai si ibu yang meraung kerana saya tidak ingin emosi yang menguasai kita.
.
.
Yang bersalah kita serahkan kepada pihak penguasa untuk menentukan hukumannya. Jangan kita pula yang membuat hukuman kepada pengasuh.
.
.
Bila mendengar kejadian ini, saya teringat kepada 3 orang anak saya yang masih kecil. Seorang berumur 6 tahun, seorang 3 tahun dan seorang masih segar menjengah umur setahun.
.
.
Kesian dengan mereka. Kesian dengan anak-anak. Selama ini saya perlakukan anak-anak dengan tidak adil. Mereka dimarah dan dipukul kerana kesalahan kecil yang sebenarnya bukanlah kesalahan tetapi itulah lumrah anak.
.
.
Mereka bergaduh, berebut barang dan makanan, membuang makanan di lantai rumah, menangis tidak kira masa. Mereka tidak mendengar cakap walau diingatkan berulang-kali.
.
.
Betapa musibah yang kita katakan sebagai tiada perikemanusiaan itu sebenarnya tiada bezanya dengan perlakuan kita kepada anak-anak. Kita tidak sedar itu semua. Cuma kita bernasib baik kerana kita masih melihat anak kita sehingga ke saat ini.
.
.
Sebab itu saya istigfar banyak-banyak. Saya dan kita tidak layak untuk menghina dan menghukum pengasuh itu. Benar perlakuan itu tidak wajar dan tidak patut, tapi adakah kita berada di tempat si pengasuh untuk mengetahui apa yang sebenar-benarnya berlaku.
.
.
Sebelum tidur, saya pastikan saya tatap wajah-wajah semua anak-anak saya. Saya muhasabah dan fikirkan apa yang telah berikan kepada anak-anak pada hari ini. Adakah mereka gembira atau sedih. Adakah mereka diperlakukan seperti anak seperti kanak-kanak ataupun sebaliknya.
.
.
Anak adalah amanah dari Allah. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular