Kenapa Matlamat Belum Tercapai - Siri V

 Cermin kan diri sendiri


Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah dan bagaimana keadaan anda. Kita perlu tahu di mana kita berada kini untuk mencapai matlamat yang telah kita tetapkan sendiri bukan dipaksa atau diarahkan.



Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda.Jangan ikut-ikut orang lain dimana dia bermula. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur.


Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.Carilah mesin penimbang di shopping complex atau pun belilah biarpun murah harga RM30. Yang penting kita tidak tertanya-tanya berapakah berat kita sekarang ni.

Semuanya harus menjelaskan diri sendiri. Kalau diri sendiri pun anda tidak tercermin atau tahu, bagaimana mungkin anda dapat menentukan matlamat yang jelas.

Sekali lagi, cermin diri sendiri dan jangan pandang orang lain!!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?