MASALAH JERAWAT DAN PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE - Pengedar Bebas Shaklee di Sabah dan Sarawak

Percaya atau tidak, hampir setiap orang pernah mengalami MASALAH JERAWAT dimana 85% adalah dikalangan remaja. Kebanyakan masalah jerawat ini adalah berpunca daripada ketidakseimbangan hormon. Sesetengah ubat juga yang mengandungi steroids, hormonal agents, iodin, lithium dan anticonvulsants boleh menyebabkan masalah jerawat. Stress adalah punca utama masalah jerawat kerana ia akan menyebabkan perubahan hormon dan seterusnya mengakibatkan pengambilan makanan yang tidak sihat dan berlebihan.

Kulit yang sihat, halus dan bebas jerawat mencerminkan gaya hidup yang sihat. Gaya hidup yang sihat merangkumi sentiasa bersenam, tidur yang mencukupi, tidak merokok, mengambil diet yang seimbang, dan bijak menangani stress.

BAGAIMANA PENGAMBILAN MAKANAN BOLEH MEMBANTU?

Sekiranya anda salah seorang yang mengalami masalah jerawat, anda boleh mengatasi masalah jerawat dengan mengambil makanan seperti berikut:

1. Makanan yang kaya dengan beta Carotene dan Vitamin C. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa beta Carotene yang ditukarkan menjadi Vitamin A dalam badan boleh mengurangkan pengeluaran sebum. Buah - buahan segar dan sayur - sayuran adalah sumber utama bagi beta carotene dan Vitamin C.

2. Pengambilan B6 dan zinc dari sumber seperti daging, ikan, whole grains, yogurt, makanan laut, avocados, pisang,kekacang dan sayuran berdaun. B6 dan zinc membantu mengurangkan jerawat dengan meregulasikan hormon yang menyebabkan jerawat serta menyembuhkan luka-luka jerawat.

MITOS: Pengambilan makanan seperti coklat, French fries, dan makanan yang mengandungi tinggi kandungan lemak boleh mengakibatkan jerawat atau menyebabkan jerawat bertambah teruk.

FAKTA: Makanan bukan penyebab bagi masalah jerawat tetapi stress. Namun begitu, pengambilan makanan yang sihat dan diet seimbang adalah sangat penting untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menwan.


Hubungi kami untuk mendapatkan Shaklee anda
Irman Rahaban / Rodiyanah Ansau
012 869 3236 / 017 8322572
Pengedar Bebas Shaklee
SID 878411



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?