Kenapa Shaklee Mahal ?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kepada semua pengunjung blog Jom Sehat Sekaki ini. Blog yang menyiarkan pelbagai tips kesihatan dan produk-produk Shaklee. Sesuai dengan taraf saya sebagai Pengedar Bebas Shaklee di Sabah ini khususnya Kota Kinabalu. 

Sebentar tadi baru sahaja saya selesai bersembang dengan salah seorang Pengedar Bebas Shaklee di Telupid. Bertanya khabar sambil bertanya perkembangan bisnes Shaklee beliau di Telupid. 

Mentaliti masyarakat di kawasan sekitar Telupid nampaknya seperti juga di tempat-tempat lain. Apabila diceritakan tentang makanan kesihatan Shaklee ini respon dan maklumbalas yang diterima ialah Shaklee mahal bahkan ada yang lebih dangkal memandang serong dengan Shaklee. Ya itulah mentaliti masyarakat kita. 

Saya tidak menyalahkan maklumbalas sedemikian. Sudah menjadi lumrah manusia memandang rendah sesuatu perkara yang mereka tidak ketahui. Ditambah lagi dengan harga produk Shaklee yang secara kasarnya nampak MAHAL jika dibandingkan dengan produk yang ada di pasaran. 

Kenapa MAHAL?
Salah satu sebab Shaklee kelihatan mahal kerana sesetengah golongan masyarakat menyamakan Shaklee dengan produk tempatan yang belum tentu menjalankan penyelidikan sebelum dipasarkan kepada pengguna. Untuk makluman, Shaklee memperuntukkan jutaan malah bilion dolar setahun untuk menjalankan penyelidikan untuk setiap produk sebelum dijual kepada pengguna. Penyelidikan ini bukanlah sesuatu yang mandatori atau kewajiban kepada syarikat makanan tambahan. Tetapi kenapa Shaklee begitu mementingkan penyelidikan?

Jawapan mudah kerana Shaklee bukan berorientasikan bisnes semata-mata. Seperti falsafah yang digunakan oleh Dr.Forest C.Shaklee, memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada semua orang.

Falsafah Produk Shaklee
Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 
Apa pula yang dimaksudkan dengan SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI? 
InsyaAllah saya akan ceritakan di catatan akan datang. Apa yang pasti jika anda juga mempunyai falsafah yang sama dan ingin bersama kami, saya sedia membantu anda. 
Hubungi saya untuk penerangan selanjutnya.
Irman bin Rahaban
Pengedar Bebas Shaklee
0128693236 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?