Testimonial Mengamalkan Shaklee Semasa Mengandung dan Berpuasa

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Ini adalah pengalaman dan testimonial daripada kakak saya yang kedua semasa mengandung tahun lepas tahun 2013. Dan lebih mengkagumkan Mengandung dan masih mampu berpuasa sehingga 25 Hari !! Ya suplemen hanyalah sebahagian usaha kita, yang menentukan HANYA Allah swt. Justeru, pada bahagian usaha adalah tugas dan tanggungjawab kita, selebihnya kepada Yang Maha Pencipta.

Hayati kisah benar ini...

Tahun lepas 2013 mengandung anak ke-3 dan dijangka bersalin 11 Ogos 2013. Jadi pada ramadhan lepas usia kandungan 9 bulan, (36 minggu) alhamdulillah saya dapat berpuasa 25 hari sebab pada hari ke 27 saya selamat bersalin.
Saya berpuasa dengan memastikan saya tidak ketinggalan bersahur, maklumlah mengandung ni lain sikit dengan yang tiada apa-apa. Amalan sahur saya pastinya mengamalkan set MIGHTY 3 gem dari Shaklee iaitu ESP, Mealshake, Performance Drink (PD) diminum bersama susu kambing (saya guna jenama Hiraq sedap, tak hanyir, lemak berkrim) & kurma semua ni saya bancuh all in one, maka  jadilah 5 in 1.
 
Alhamdulillah dijadikan cerita saya cergas sahaja tanpa rasa letih, haus atau bayi dalam kandungan mengeras. Sambil tu cakap jg lah dengan baby dalam perut "sayang tolong mama puasa ya" stimulate lah baby agar dia tidak meragam, sbb klu bayi lapar perut akan sentiasa mengeras tapi saya alhamdulillah dengan izinNya, perut ok jak, gastrik pun tiada. 
 
Masa berbuka, saya pastikan pengambilan kurma menjadi makanan utama, makanan lain makan jg tapi saya makan lah 3-5 biji kurma untuk dapatkan tenaga balik, diikuti makan sikit2 lah makanan berat. Makanan kegemaran haruslah nasi kuning (orang pantai timur sabah ni terkenal dengan menu nasi kuning ya) dengan sup ayam. woow marvelus macam mau makan sekarang ni menu tu. 
 
Lepas berbuka, mesti dah penat kan? and tak larat lah tu mau sembahyang maghrib…. heheheh tapi kali ni saya ok jak, kena lawan lah sikap malas sebab tengah mengandung nnt baby ikut liat pula dengan kita kan. Lepas maghrib buat lah tadarus quran. saya pasang target bulan puasa nak khatam quran, sehari 1 juz. ikut lah tips2 khatam quran, 2 helai setiap kali waktu sembahyang. Kena disiplin tau mama2 jgn ikut malas kita. Heheheh sy pun kadang malas, klu malas kena lah cover 2 helai tu d waktu sembahyang yang lain. Lepas Isya' saya buat tarawih lah sendiri, kan perempuan tu ibadahnya di rumah. Ok je tiada alasan tak boleh berterawih melainkan di masjid. Tulah rutin sepanjang ramadan tahun lepas. Syukur sangat2 tahun lepas memang rutin sahur tiada yang skip, walaupun hari ke 26 sda mula tidak berpuasa tapi still bangun temankan encik suami bersahur. 
 
and….. 
 hari ke-27 tak sangka si baby dah nak keluar tengok dunia, mau sambut raya sama-sama lah tu. Lepas saja temankan encik suami berbuka puasa hari ke-27 taraa…. kontraksi bersalin semakin kuat. alamak tapak kaki sudah sejuk. nnt sambung pula episod cerita bersalin ni. 
 
Menarik kan kisah ini? Kakak saya mengamalkan Mighty 3 Gems (Mealshake, ESP dan Performance Drink) untuk sahur dan berbuka. Setiap pengguna mungkin mengalami perlbagai pengalaman yang berbeza mengikut kondisi badan dan pengambilan vitamin tertentu.
 
Seandainya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ini, sila hubungi Pengedar yang berhampiran dengan anda. Atau lebih mudah, anda boleh terus menghubungi saya.
 
Irman Rahaban
Pengedar Bebas Shaklee
012 8693236

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?