Setiap Produk Melalui Ujian Tahap Kecemerlangan

Shaklee sudah semakin popular di Malaysia. Melalui keratan akhbar baru-baru ini, Shaklee telah mencapai jualan 200% tahun 2013!! Begitupun masih ramai yang tidak menyedari Kelebihan dan Kecemerlangan Shaklee.

Masih ramai yang meragui akan kebenaran dan keberkesanan Shaklee kepada diri dan persekitaran. Shaklee mula menapa dan menerajui produk kesihatan sejak tahun 1956 lagi. Bermakna Shaklee bukanlah syarikat yang baru. Shaklee bukan syarikat yang lahir hasil daripada trend semasa. Shaklee bukanlah syarikat yang mengambil kesempatan terhadap kesulitan orang sekeliling.

Buktinya jelas dengan pelaburan Shaklee dalam penyelidikan dan pembangunan produk yang lengkap yang melebihi USD250 juta merangkumi ujian makmal dan ujian jaminan kualiti terhadap produk nutrien dan bahan-bahan sahaja!

Setiap satu produk yang dipasarkan perlu melalui ujian tahap kecemerlangan dan terperinci dan teliti. Ini menjamin akan penghasilan produk yang konsisten. Proses ini juga melibatkan pihak ketiga dalam penyelidikan dan kajian klinikal oleh Kumpulan Pakar Sains Kesihatan Shaklee. Pakar!! Tidak cukup dengan itu, Shaklee juga merujuk kepada Lembaga Penasihat Saintifik yang diiktiraf oleh peneraju dalam Institusi akademi perubatan.

Terbaharu Shaklee memperkenalkan produk yang berfungsi untuk meningkatkan fitosferol dalam badan bagi menghalang kolesterol jahat (LDL). Produk yang dikenali sebagai Phytocol-ST ini mengandungi 120 tablet dalam sebotol. Ianya membantu memastikan pengambilan fitosterol sebanyak 2000mg sehari seperti yang disarankan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Tahun 2013, Shaklee melancarkan produk yang penting untuk jantung iaitu CoQHealthPlus yang menjadi musuh utama kepada penyakit 3 serangkai yang digeruni masyarakat khususnya rakyat Malaysia. 

Tahun 2012 pula Shaklee melancarkan dua (2) produk iaitu Shaklee Collagen Powder (SCP) dan Advanced Joint Health Tablet. 

Barisan produk dari tahun ke tahun merupakan bukti jelas kenapa Shaklee sentiasa dihadapan dalam bidang penyediaan makanan tambahan dan kesihatan ini. Tiada apa yang perlu diragui dengan Shaklee. Shaklee menggabungkan bahan sumber alam dan aplikasi sains terbaik dan tidak menggunakan jalan pintas.

Masih ragu dengan Shaklee? Saya tidak salahkan anda. Teruskan mencari produk yang dapat membuka pintu hati anda. Tiada paksaan dalam menggunakan Shaklee untuk kebaikan diri anda dan keluarga.

Untuk mendapatkan produk Shaklee ini, boleh terus menghubungi Pengedar Bebas Shaklee anda yang terdekat. Atau anda boleh terus menghubungi saya. 

Irman Rahaban
Pengedar Bebas Shaklee
012 8693236

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?