Apa Itu EPO dan GLA?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga para wanita yang membaca entri kali ini sentiasa sihat-sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah swt. Amiinn...

Baik, kali ini saya bawakan kepada anda sesi pencerahan dan mengelakkan kekeliruan antara EPO dan GLA. Selama setahun lebih saya mempromosikan Shaklee kepada rakan sekerja di ofis, khususnya GLA Complex dari Shaklee ini, rata-rata wanita akan bertanyakan soalan kontroversi. Saya pun kurang pasti, samada soalan ni soalan kontroversi atau soalan confuse wanita. Antara soalan cepumas tersebut ialah "Shaklee adan EPO?"

Mari kita rungkaikan kekeliruan tersebut. Sebelum itu,

Diperkenalkan frasa-frasa penting EPO dan GLA....

EPO vs Shaklee GLA Complex
EPO atau English Primrose Oil dihasikan dari sejenis bunga bernama English Primrose, sekian lama digunakan untuk menyelesaikan masalah wanita dan sakit sendi. Hinggakan nama EPO disalah-sangka sebagai nutrien macam DHA, EPA, etc. EPO sebenarnya minyak dari bunga english primrose.

Dalam minyak english primrose ni mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) dan minyak inilah yang berguna untuk selesaikan beberapa masalah tersebut. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.

Bukan itu saja, GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage).Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.

Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari & Vitamin E
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

Jadi, apakah perbezaan antara EPO dengan borage oil?
Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO.
Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.

Semoga dengan sedikit info yang saya kongsikan di atas, dapat memadamkan sedikit kekeliruan yang terbuku dalam hati puan-puan sekalian. Ingin mendapatkan EPO Shaklee? ... eh ingin mendapatkan GLA Complex Shaklee?

Hubungi kami untuk mendapatkan Shaklee anda
Irman Rahaban / Rodiyanah Ansau
012 869 3236 / 017 8322572
Pengedar Bebas Shaklee
SID 878411



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?