Masalah Gugur Rambut Selepas Bersalin? Shaklee Mungkin Penyelesaian Terbaik!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua ibu-ibu baru dan lama, tidak dilupakan kepada bakal-bakal ibu. Ya, anda wajib mempersiapkan diri anda secara mental dan fizikal berhubung apa yang akan berlaku selepas anda bersalin. Bukan bertujuan menakut-nakutkan, cuma lebih kepada mempersiapkan diri anda. Tidak lebih dari itu. Jika anda rasa bermanfaat dan berguna info ini, alhamdulillah dan terima kasih.  Saya menjalankan tugas yang diamanahkan untuk berkongsi dengan anda semua. Kita layan...

Bagi ibu yang lepas bersalin, keguguran rambut adalah lebih ketara kerana:
  1. Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. Apabila bersalin, rambut mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.
  2. Kurang rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.
  3. Kurang vitamin seperti zinc dan protein.
  4. Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam 2-3 bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur.
Apa perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah rambut gugur selepas bersalin? 
 
Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik, dan gunakan perapi dari sumber yang sama.  
 
Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala. 
 
Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein.
 
Minum air secukupnya.  
 
Tidur dan rehat yg cukup dan jauhi stress.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?