Kesan Pengambilan Kalsium Yang Mencukupi - Pengedar Shaklee di Sabah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Didoakan kepada semua pengunjung blog paling berbahagia ini agar semuanya sihat sejahtera selalu hendaknya. Baru selesai ronda-ronda dengan tujuan menambah pengetahuan dengan lebih mendalam lagi tentang Shaklee. Untuk apa? Untuk memudahkan pengunjung blog ini supaya tidak perlu bersusah-payah mencari maklumat dan info Shaklee. Memadai dengan satu klik di blog berbahagia ini.

Baik hari ini saya kongsikan kepada tuan - puan tentang kebahagiaan diri kita sekiranya kita mempunyai kalsium yang mencukupi di dalam badan. Ya, sejak sekolah kecil / rendah, cikgu selalu menekankan kepada anak murid supaya banyak minum susu. Pagi minum susu, malam minum susu. Sehinggakan kerajaan mengambil inisiatif untuk memberikan susu percuma yang mempunyai pelbagai perisa seperti coklat, strawberi dan asli (putih) cuma kadang-kadang ada juga perisa jagung!! Ya warna kotaknya kuning.. itupun kalau tuan puan sempat lah..

Baik berbalik kepada topik di atas, kalsium amat penting kepada kita semua. Dengan pengambilan kalsium yang cukup, tekanan darah berada tahap yang normal. Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi. Dengan kalsium yang cukup, wanita khususnya tidak mudah senggugut, kejang, retensi air, mudah meradang dan murung. Kalsium juga membuatkan kita sentiasa segar. Mudah tidur dan mudah bangun walaupun tidur pada jam 12.00 tengah malam. Bila badan kita segar, tiada kemurungan, ia membantu oksitosin dirembeskan dengan baik sekali.

Tidak hairanlah, Ostematrix Shaklee antara suplemen yang laju dalam sejarah penjualan saya dan grup saya. Dengan harga yang mampu milik oleh semua lapisan masyarakat, Ostematrix Shaklee  mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

Untuk mendapatkan Ostematrix Shaklee anda hari ini, hubungi pengedar Shaklee berdekatan anda sekarang ataupun terus hubungi saya,

Hubungi kami untuk mendapatkan Shaklee anda
Irman Rahaban / Rodiyanah Ansau
012 869 3236 / 017 8322572
Pengedar Bebas Shaklee
SID 878411



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?