Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Tajuk post hari ini macam tajuk lagu Tegar yang popular tu kan. Tetapi saya tidak akan bercerita mengenai Tegar sebaliknya pengalaman saya sebagai pengguna Shaklee dan sekarang sebagai Pengedar Bebas Shaklee. 

Sekarang ni fenomena Shaklee tidak dapat disangkal lagi. Rata-rata bila saya berjumpa dengan kebanyakan orang untuk mempromosikan Shaklee, silap hari bulan saya akan bertemu dengan pengedar Shaklee juga. Tapi saya tidak kisah pun. Saya dan kami tidak hanya sekadar menjual produk Shaklee untuk mengaut keuntungan semata-mata. Sebaliknya kami hanya ingin berkongsi kesedaran dan kepentingan Suplemen kepada diri, keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga dan seantero dunia. 

Saya khususnya mengajak semua rakyat Malaysia untuk menjalani hidup sihat sehingga usia tua. Kenapa kita perlukan suplemen? Saya juga seperti anda yang pada mulanya tidak berminat dengan Suplemen apalagi ianya dikaitkan dengan MLM atau Multi Level Marketing. Stigma dan pandangan serong saya kepada MLM ini sangat teruk sehinggakan bila disebut sahaja MLM saya seperti menyampah. Tetapi saya menyertai Shaklee bukan untuk berniaga MLM. Tetapi desakan persekitaran yang membawa saya kepada MLM atau lebih khususnya Shaklee. Shaklee mengubah pandangan saya kepada MLM. Sama seperti kita manusia, tidak semua manusia jahat dan tidak semua manusia baik. MLM juga begitu. Shaklee bukan mencari atau menaja orang untuk mendapat keuntungan dan kemudian duduk diam menunggu imbuhan hasil kerja orang bawahan. Shaklee mengajak semua untuk menjalani hidup sihat bukan untuk diri sendiri semata-mata tetapi untuk semua orang. 

Ramai tidak menyedari akan kepentingan Suplemen apalagi ianya dipelopori dan dikuasai oleh Syarikat MLM yang tidak bertanggungjawab dan mengejar keuntungan semata-mata. Pengalaman saya sendiri, saya bermula hanya sebagai pengguna Shaklee. Produk pertama yang saya beli dan gunakan ialah Mealshake, Omegaguard dan ESP. Mealshake dan Omegaguard diminum oleh anak saya yang berumur 1 tahun 4bulan pada ketika itu. Anak saya ni dari sejak lahir akan kerap demam bila umurnya genap bulan iaitu setiap 12hb setiap bulan. Saya hairan kerana anak saya ini makanan terjaga tidak makan makanan ringan, tidak makan gula-gula, tidak makan coklat, tidak minum air sejuk apalagi minuman berkarbonat, tidak makan selain makanan ruji seperti nasi, sayur dan buah. Lagi satu anak saya hanya menyusu badan dan bukan susu tin. Tetapi begitulah, memang akan demam setiap bulan. Anak saya juga kurus badannya pada ketika itu sehinggakan bapa saya pernah menegur seperti tidak cukup makan. Tetapi saya merasakan ianya normal bagi bayi dan kanak-kanak. Sebenarnya tanpa saya sedari, kemungkinan besar nutrien yang saya dan isteri berikan tidak mencukupi untuknya. Dipendekkan cerita, setelah saya mencuba Mealshake dan Omegaguard untuk anak saya dan isteri saya menggunakan Mealshake + ESP dan Omegaguard, Alhamdulillah kesannya dapat dilihat cepat. Anak saya semakin rajin menyusu dan selera makannya juga bertambah. Tidak sampai sebulan menggunakannya, bapa saya menegur badan anak saya semakin naik. Alhamdulillah saya tidak lagi berpaling kebelakang dan terus menyebarkan perkara yang baik ini.

Selepas itu, sedikit demi sedikit produk Shaklee kami gunakan dan sebarkan untuk diamalkan kepada kawan sekerja, jiran tetangga dan keluarga terutamanya. Kerana saya berpegang kepada prinsip untuk berkongsi kesihatan. Bak kata pepatah Kesihatan adalah Harta. Saya juga menanam semangat bahawa Suplemen Bukan Sahaja Untuk Yang Mampu Sebaliknya Untuk Mereka Yang Mahu! Mahu untuk SIHAT. Apa guna harta banyak kalau setiap bulan asyik ke klinik. Apa guna kereta bersusun kalau asyik MC setiap bulan. Kenapa tidak laburkan sedikit duit anda untuk membeli Suplemen seisi keluarga. Kalau duit boleh dilaburkan di dalam ASB dan Polisi Insuran, kenapa tidak salurkan sedikit untuk Suplemen. Saya tidak kisah anda makan suplemen apapun, asalkan suplemen tersebut benar-benar disahkan dan tidak memudaratkan anda. Pada post akan datang, saya akan kongsikan pula bagaimana Ostematrix menjadi pilihan orang tua saya dan mentua saya. Bagaimana ESP dan Mealshake menjadi pilihan kakak-kakak saya dan Bagaimana pelanggan yang membeli produk Shaklee daripada saya membuat 'repeat order' setiap bulan untuk diri mereka dan keluarga. 

Akhir sekali buat tika ini, sekiranya anda sudah mengamalkan suplemen selain Shaklee, apa kata mencuba Shaklee kerana "Menukar Jenama Boleh Mengubah Hidup Anda".

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular