Kenapa Omegaguard Shaklee Menjadi Pilihan Terbaik Produk Minyak Ikan ?
Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, kali ini saya bercerita tentang produk yang saya, isteri dan anak saya gunakan bersama iaitu Omegaguard Shaklee. Sebelum ini saya pernah mengambil sejenis minyak ikan yang ada dijual di pasaraya. Produk ini hanya diminum oleh anak saya ketika demam. Kerana pada ketika itu, mentaliti saya mengatakan suplemen tidak perlu ataupun hanya perlu ketika kita menunjukkan simptom demam sebelum saya mengambil ubat apabila melarat.
Anak saya menggunakan Omegaguard Shaklee dengan 2 cara iaitu dicampurkan dengan bubur sebab ianya adalah kapsul gel dan mudah pecah ataupun kadang-kadang anak saya akan kunyah dan dimakan begitu saja. Manakala saya dan isteri, kami akan telan kapsul gel Omegaguard Shaklee ini sebab baunya yang hanyir. Hanyir tidak mengapa kerana untuk permulaan saja dan rasa tidak penting, yang penting kesihatan terpelihara.
Alhamdulillah selepas mengambil Omegaguard Shaklee ini, saya tidak lagi bersin di waktu pagi ataupun ketika banyak habuk. Anak saya pula menunjukkan kepandaian yang lebih dari kanak-kanak yang lain. Mungkin kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam Omegaguard Shaklee ini yang baik untuk memori.
Satu botol Omegaguard Shaklee ini mengandungi 90 kapsul gel dan bertahan untuk sebulan penggunaan kami bertiga. Harga untuk ahli hanya RM112 (Sabah/Sarawak). Mahal? mungkin kerana kualiti yang ada pada Omegaguard Shaklee ini. Tapi bagi saya, ianya berada di tahap yang boleh dibayar oleh kita sebab saya pasti dalam seminggu pasti ada duit kita keluarkan untuk membeli 'makanan laju' yang harganya saya pasti 2 3 kali ganda lebih mahal daripada Omegaguard Shaklee ini untuk sebulan.
Baiklah, sekarang mari teliti kandungan Omegaguard Shaklee ini yang berbeza daripada minyak ikan lain yang berada di pasaran.
Apa itu Omega 3?
Omega 3
adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat
penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh
manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu
mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.
Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.
Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.
Tahap
enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan
lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak
guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain
kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.
Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.
Kelebihan Omega 3 dalam Omegaguard Shaklee
- Minyak Omega 3 dalam Omegaguard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan ikan bilis).
- Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
- Omega 3 dalam Omegaguard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
- Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omegaguard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
- 1 kapsul Omegaguard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
- Omegaguard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.
Manfaat Omegaguard Shaklee
- Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita.
- Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
- Mencegah salur darah dari tersumbat
- Omega 3 dapat mengelakkan strok
- Mengekalkan tekanan normal darah
- Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
- Mengurangkan sakit kepala
- Merendahkan kolestrol
- Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
- Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
- Mengawal masalah obesiti
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Sangat bagus untuk ibu hamil (trimester kedua dan ketiga) - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
- Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
- Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
- Membantu menyihatkan paru-paru
- Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
- Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
- Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
- Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
- Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
- Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
- Memelihara fungsi-fungsi sendi
- Mencegah penyakit gout.
Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omegaguard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-
- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak
Siapa Perlukan Omegaguard Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?
1. Warga Emas2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. dan paling utama ialah Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus
kredit untuk : http://sihatmacamyaya.blogspot.com/2012/11/26-kelebihan-omega-guard-shaklee-untuk.html
Ulasan
Catat Ulasan