7 Tabiat Baik Menjaga Kesihatan

7 Tabiat Baik Menjaga Kesihatan

Padat tahun 1974, sekumpulan pakar yang diketuai oleh Dr.George A.Kaplan, menjalankan kajian pelbagai aspek kesihatan dan gaya hidup seramai 6,928 penduduk di daerah Alameda, California. Kajian itu berjalan selama lebih 20 tahun. Ulang sekali lagi 20 tahun. Rumusan daripada kajian itu mendapati ada beberapa tabiat utama yang membolehkan seseorang itu menikmati umur yang panjang dan kekal sihat.

Tabiat-tabiat itu adalah seperti berikut:-

1. Makan mengikut masa
Elakkan dari melewat-lewatkan makan, kekal berlapar daripada pagi hingga ke petang ataupun hanya makan makanan ringan sepanjang hari. Kita harus makan secara normal daripada pilihan makanan yang baik sebanyak lima hingga enam kali sehari. Makan yang terakhir pula dimakan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum tidur.

2. Makan sebelum kenyang
Makan secara berlebihan hanya menyebabkan kita berasa letih dan menjadi lembab. Makan dengan sedikit pula membuatkan kita berasa sihat dan cergas. Nabi Muhammad juga mengajarkan supaya berhenti makan sebelum kenyang dan tidak makan secara berlebih-lebihan sehingga memudaratkan kesihatan.

3. Tidak makan makanan ringan di antara waktu makan
Apabila kita makan, perut terpaksa memproses makanan yang kita ambil. Ia terpaksa dipecah sehingga dapat diserap vitamin dan zat yang terkandung di dalamnya. Ia bergerak daripada perut besar dan dibawa ke usus kecil dan terus ke usus esar. Proses ini mengambil masa antara empat ke lima jam. Apabila kita menambah makanan yang hampir hadam dengan yang belum, perut terpaksa memulakan proses itu sekali lagi. ini mengakibatkan makanan bercampur aduk antara yang hadam dan sedia bagi ke usus dengan makan yang belum. Keadaan ini mengakibatkan perut menjadi sebu, pedih hulut hati, mengantuk dan sembelit.

4. Bersenam Selalu
Senama yang bagus asdalah antara 30 minit sehari atuapun 200 minit seminggu. Kita dapat lakukan senaman dengan berjalan, berlari, berenang dan menggunakan alat-alat senaan di gim. Kita sepatutnya menggerakkan setiap sendi dalam senaman yang dilakukan.

5. Pakai tali pinggang keledar
Sehingga umur mencecah 35 tahun, kebanyakan kematian awal adalah disebabkan oleh kemalangan jalanaraya. Ingat ketika memandu kereta ataupun motosikal dan jangan lupakan tali pinggang ataupun topi keledar.

6. Jangan merokok
Merokok dikaitkan dengan lebih kurang 32 jenis penyakit termasuk kanser paru-paru, esofagus , tekak, perut dan jantung di samping pelbagai lagi sakit-sakit yang lain. Elakkan diri daripada menjadi penagih dan jauhkan diri jua daripada perokok yang sedang merokok.

7. Jangna mnum minuman keras.
minum minuman keras dapat menyebabkan ketagihan, kemalangan , masalah sosial, keguguran, kencinga manis, keroakan hati , kemurugngan , berat badan, buah pinggang dan lain-lain lagi.

Tabiat yang disebutkan di atas tadi menjadi faktor-faktor yang dapat menyebabkan umur kita lebih panjang daripada orang lain secara purata. Kebanyakan dapat dilakukan dan dikawal oleh kita sendiri dengan disipilin. Ia tidak bergantung kepada nasib dan kemalangan yang diluar jangkaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular