Susah Hati Anak Tak Mahu Makan?
Ibu-ibu tentunya susah hati apabila anak tak mahu makan dan asyik
sibuk bermain sahaja kan. Hari ini saya nak kogsikan sedikit tips untuk
membantu anak-anak suka makan.
- Jangan paksa anak makan. Ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Malah anak mugkin akan terus membenci dan merasakan ia satu penyiksaan.
- Offer makanan bila anak-anak dalam keadaan lapar dan tenang. Jangan tunggu sehingga terlalu lapar.
- Jadikan aktiviti makan sesuatu yang menggembirakan.
- Campurkan makanan baru dengan makanan kesukaan anak-anak untuk memperkenalkan sesuatu yang baru.
- Makan bersama-sama. Anak-anak akan mencontohi ibu bapa.
- Ajak anak bermain sambil makan.
- Hidangkan makanan anak-anak dengan cara yang menarik. buat corak atau hiaskan dengan comel.
- Elakkan minum air sambil makan. Sebaiknya tunggu sehingga habis makan sebelum minum.
- Kurangkan makan snek, makanan ringan atau makanan berhampiran dengan waktu makan.
- Biar anak-anak membantu menyediakan hidangan makanan. contohnya, bawakan pinggan ke meja, letakkan sudu dalam mangkuk. kalau ada anak yang besar sikit boleh tolong potong2.
- Ajak anak membeli barangan dapur bersama. Tunjukkan bahan2 yang digunakan untuk masak.
- Sekali- sekala ajak anak-anak makan bersama rakan sebaya atau saudara sebaya. Anak lebih suka makan beramai-ramai.
- Biarkan anak-anak makan sendiri walaupun bersepah dan tumpah. sebaiknya alas tempat duduknya terlebih dahulu.
- Tanya pendapat anak menu yang diingini.
- Biar anak-anak kunyah sehingga habis sebelum memberikan makan lagi.
Ulasan
Catat Ulasan