Akhirnya barulah hari ini berkesempatan untuk membuat catatan sedikit tentang larian terbaru. Mac sangat sibuk. Tetapi dalam kesibukan, perlu juga sedikit rekreasi fizikal dan mental.
Marathon seperti tidak dapat lagi dipisahkan. Dan terbaru aku menyertai X12 Dark Run yang diadakan di Nexus Karambunai, Kota Kinabalu.
Catatan Full Marathon kali ini adalah yang terbaik dengan catatan :-
|
6Jam 58Minit adalah Catatan Peribadi Terbaik buat masa ini. |
Selepas larian di Nexus, diteruskan pula di Tamparuli dengan satu lagi larian Ruhiang- Kiulu Adventure Challenge. Kali ini saya sambung dengan 10KM Trail.
Saya sertakan sahaja gambar-gambar yang sempat terakam dan dirakam.
|
Masih mampu tersenyum di garisan penamat sebelum jam 7 Pagi |
|
Bukan senang bergambar bersama otai Marathon |
|
Hasil 1 Mac 2015 - Dua Medal Finisher menjadi koleksi terbaru |
|
Bergambar sebelum memulakan larian RUKIAC 10KM |
|
Antara halangan yang mencabar |
|
Wayang mesti lebih, nampak macam berlari tapi sebenarnya hanya pada waktu gambar ini diambil. |
Ulasan
Catat Ulasan