10 Cara Mudah Kawal Nafsu Makan

Sangat-sangat diakui nafsu makan agak susah dikawal. Dengan persekitaran yang menyelerakan ditambah lagi dengan pilihan mudah masakini penghantaran secara percuma hanya dengan membuat panggilan, menjadikan mengawal nafsu makan merupakan cabaran yang sangat besar bagi sebahagian besar masyarakat Malaysia. 

Oleh itu, dibawah ini saya cadangkan 10 Cara Mudah Kawal Nafsu Makan anda. Mungkin ianya kedengaran seperti sukar, tetapi apalah salah kiranya anda mencuba terlebih dahulu 10 Cara ini, manalah tau kali ini menjadi. Selamat Mencuba!!

1) Makan 3-4 jam sekali
Alamak macam tidak kena pula cara ini. Kata hendak kawal nafsu makan tetapi cadangan pertama ini suruh MAKAN pula!! Sebenarnya, ini adalah cara terbaik untuk kawal nafsu. Mengapa?Kerana dengan kekerapan anda makan setiap 3-4 jam, anda tidak memberI ruang untuk lapar. Walaubagaimanapun, APA yang anda makan perlu menjadi perhatian juga.

2)Karbo Kompleks
Pastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda. Apa yang anda perlu tahu berkenaan karbohidrat kompleks?
a- Ia bekalkan sumber tenaga dengan perlahan dan dilepaskan secara konsisten dan perlukan masa lebih lama untuk menukar karbo kompleks kepada gula
b-Tapi makanan kompleks seperti roti gandum penuh mengandungi kalori lebih tinggi berbanding roti putih. Jadi elak dari mengambilnya dengan berlebihan.

3) Air… Sepanjang Hari
Air kosong boleh mengurangkan keinginan terhadap makanan dan minuman bergula. Malah, air kosong tidak mengandungi gula dan tidak akan membuatkan berat badan anda bertambah.

4) Keajaiban Melalui Senaman.
Senaman hasilkan endorphin yang secara semula-jadi mengingatkan anda terhadap komitmen menjaga bentuk badan. Jadi setiap kali anda rasa ingin mengunyah, alihkan tumpuan anda dengan memulakan senaman!

5) Catat Makanan Anda.
Salah satu cara kawal nafsu makan adalah melalui catatan pemakanan harian. Bukan soal kesempurnaan diet
tetapi anda boleh kenalpasti kelemahan pemakanan anda. Yang penting, amalkan kesederhanaan dalam memilih makanan

6) Anda Cukup Tidur?
Kajian baru menunjukkan bahawa masa tidur yang tidak mencukupi ini boleh meningkatkan keinginan terhadap gula. Kini anda ada lebih sebab untuk mendapatkan tidur selama 8 jam setiap hari.

7) Teh/Kopi Bantutkan Nafsu
Walaupun pengambilan kafein perlu dikawal, ini tidak bererti ia tidak baik. Teh dan kopimampu mengawal selera anda. Kafein bertindak secara semulajadi untuk mengurangkan selera.

8) Jangan Biar Anda Lapar
Ini adalah cara terbaik untuk memastikan selera anda dalam keadaan terkawal. Makan setiap 3 jam membuatkan anda sentiasa rasa kenyang.

9) Buah Epal!
 Epal besar membekalkan 5g serat. Disamping itu gula epal juga tidak mempengaruhi kandungan gula dalam darah berbanding kanji - dan jika ada pilihan, pilihlah epal hijau. Kandungan gulanya juga lebih rendah.

10) Jangan Skip Sarapan Pagi.
Sarapan pagi itu memang penting.Dengan meninggalkan sarapan, gula dalam darah anda akan menurun dan boleh menyebabkan kelesuan dan nafsu untuk makan secara berlebihan. Seperti mana yang saya selalu ingatkan, anda perlu mengambil 5–7 hidangan setiap hari

Hubungi kami untuk mendapatkan Shaklee anda

Irman Rahaban / Rodiyanah Ansau
012 869 3236 / 016 7232572

Pengedar Bebas Shaklee
Pengedar Shaklee Sabah
Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Pengedar Shaklee Sandakan
Pengedar Shaklee Telupid
Pengedar Shaklee Lahad Datu
Pengedar Shaklee Tawau  

SID 878411

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular