4 Perkara Tentang Shaklee Collagen Powder Yang Anda Patut Tahu

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,


1. KOLAGEN DAN KECANTIKAN
Kolagen ni sinonim dengan KECANTIKAN. Dan biasanya kecantikan kulitlah kan.. 75% dari kulit kita adalah terdiri dari kolagen. Dengan mempunyai kadar kolagen sihat yang tinggi akan menjadikan kulit kita lembut, gebu, awet muda, dan kulit yang sihat. 
Tubuh kita memang dah ada kolagen sejak lahir lagi. Itu salah satu sebab kulit baby sangat halus, mulus, lembut, gebu dan lain-lain..

2. KOLAGEN MEROSOT MENGIKUT USIA
Tapi berita kurang baiknya adalah, kuantiti kolagen merosot mengikut peningkatan usia disebabkan pengurangan pengeluaran kolagen oleh tubuh dan kerosakan pada kolagen sedia ada.
Oleh itu, kulit kita makin berusia akan jadi makin
kusam, tak bermaya, ada wrinkles dan kesan penuaan yang ketara.

3. BAGAIMANA NAK TINGKATKAN PENGHASILAN KOLAGEN?

Tapi ada berita baiknya pula!! 
Berita baiknya adalah kolagen boleh digantikan dengan beberapa cara yang mana salah satunya adalah pengambilan zat makanan yang seimbang.
Zat makanan yang mengandungi Vitamin C dikatakan membantu penghasilan kolagen yang menjadikan kulit bersinar dan berseri-seri (glowing).
Namun begitu, kita biasanya kurang nak ambil berat hal-hal begini sedari awal. Biasanya bila kulit dah mula bermasalah seperti kulit kusam, berjerawat, jeragat, barulah kita mula sedar dan akan cuba pelbagai produk kecantikan di pasaran. 
Mujur aje ada Shaklee Collagen Powder di pasaran :)

4. PERBEZAAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER BERBANDING JENAMA LAIN?
Kolagen ni boleh didapati dari pelbagai sumber sama ada dari tumbuhan, haiwan darat (cth: ayam, lembu, khinzir) dan haiwan laut (cth: ikan).
Kolagen dari sumber tumbuhan memang amat murah namun kekurangannya adalah kadar penyerapan badan adalah lambat dan kurang berbanding sumber haiwan.
Kolagen dari haiwan terutamanya haiwan daratan pula sukar dibezakan dari aspek halal dan haramnya.
Shaklee Collagen Powder pula sumbernya adalah daripada sisik ikan merah dari laut dalam. Haiwan lautan seperti ikan ni In Syaa Allah semuanya adalah halal. Malah produk-produk keluaran Shaklee sendiri telah pun disahkan halal oleh badan yang diiktiraf oleh Jakim sendiri. Boleh semak sijil halal Shaklee ni.
Shaklee Collagen Powder diperbuat daripada 7 bahan utama (termasuk sisik ikan merah tadi), vitamin B, vitamin C, ekstrak kerang, ekstrak pfaffia dan lain-lain.
Shaklee Collagen Powder memang lengkap sangat dah, turut diperkaya dengan Vitamin C yang dah tentu-tentunya penting dalam pembentukan kolagen dan kulit yang sihat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular