Work Life Balance - Keseimbangan Kerja dan Hidup
Hari Jumaat lepas kerja terus berkejar ke Perdana Park, Tanjung Aru untuk berlari untuk mendapatkan stamina. Ya bulan Disember ini, saya sempat mendaftar satu lagi larian iaitu Cyberjaya Marathon sejauh 43.195KM. Tekan-tekan apps Runkeeper sepertinya ada masalah dan saya gagal untuk merekodkan jarak larian. Tapi berdasarkan masa larian, lebih kurang 30 minit saya menghabiskan larian sebanyak 3 pusingan (lebih kurang 4.5KM). Futsal Division Selepas berlari, terus ke Jesselton Point pula untuk berfutsal bersama grup HR. Kali ini kami menentang Bahagian Kewangan pula. Nampaknya pasukan kami semakin serasi dan berjaya menewaskan pasukan lawan dengan jaringan lebih daripada 10 manakala pihak lawan membuat jaringan kurang dari 10. Kira menang la kan? Work Life Balance Tapi disebalik berfutsal dan berlari ini, sebenarnya saya sedang cuba untuk mengimbangi antara KERJA dan KEHIDUPAN. Ramai orang tidak mempedulikan kesihatan bukan kerana tidak ada kesedaran, cuma kekangan mas...