Work Life Balance - Keseimbangan Kerja dan Hidup

Hari Jumaat lepas kerja terus berkejar ke Perdana Park, Tanjung Aru untuk berlari untuk mendapatkan stamina. Ya bulan Disember ini, saya sempat mendaftar satu lagi larian iaitu Cyberjaya Marathon sejauh 43.195KM. Tekan-tekan apps Runkeeper sepertinya ada masalah dan saya gagal untuk merekodkan jarak larian. Tapi berdasarkan masa larian, lebih kurang 30 minit saya menghabiskan larian sebanyak 3 pusingan (lebih kurang 4.5KM).

Futsal Division
Selepas berlari, terus ke Jesselton Point pula untuk berfutsal bersama grup HR. Kali ini kami menentang Bahagian Kewangan pula. Nampaknya pasukan kami semakin serasi dan berjaya menewaskan pasukan lawan dengan jaringan lebih daripada 10 manakala pihak lawan membuat jaringan kurang dari 10. Kira menang la kan?



Work Life Balance
Tapi disebalik berfutsal dan berlari ini, sebenarnya saya sedang cuba untuk mengimbangi antara KERJA dan KEHIDUPAN. Ramai orang tidak mempedulikan kesihatan bukan kerana tidak ada kesedaran, cuma kekangan masa yang ada membuatkan kita terpaksa mengorbankan masa yang sepatutnya diperuntukkan untuk bersukan ini.

Sekarang ni masa masih ada selagi mana kita diberikan peluang untuk bangun pagi, solat subuh, bersiap ke pejabat, sarapan pagi tanpa pantang larang dan sebagainya. Di sebahagian besar negara di dunia, gaya hidup sihat Work Life Balance ini telah menjadi seperti kewajiban majikan. Majikan yang sihat bergantung dengan kesihatan pekerjanya. Justeru, walaupun tidak mampu menyediakan kemudahan seperti lapangan trek berjoging ataupun peralatan sukan, sekurang-kurangnya majikan memberikan kelonggaran untuk pekerja melakukan aktiviti sukan untuk kebaikan mental pekerja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular