Dua Musuh Utama Kita


Disiplin ialah ibu kunci kejayaan, tiada disiplin ialah ibu kegagalan. Ia menjadi sebab utama rancangan tidak dapat berjalan lancar, kekecewaan dan kemurungan dalam hidup. Ia hanya mendidik kita bagi membuat alasan, cepat berputus asa dan tiada keyakinan diri. Musuh kejayaan, kegembiraan dan kepuasan diri mungkin dapat dipecahkan kepada dua.

Pertama adalah memilih jalan cepat,
Keduanya pula adalah memilih faktor mudah.


Memilih "jalan cepat" semakin menjadi tradisi masa kini. Ramai memilih perkara-perkara yang segera dan dijadikan keutamaan. Mereka tercari-cari cara cepat bagi menjadi kaya, sehingga terjebak dengan skim cepat kaya. Lama kelamaan mereka melakukan semua perkara yang segera. Kaya yang segera, hilang dengan segera juga. Tiada lagi sesiapa yang mahu membuat dengan cara yang alam yang memerlukan usaha untuk berjaya tetapi berkekalan.

Memilih "faktor mudah" juga kian menjadi tradisi. Ia adalah unjuran daripada kegemaran memilih jalan cepat yang pertama tadi. Secara prinsipnya, ramai orang mencari jalan yang cepat, dan mudah bagi mendapatkan perkara-perkara yang dikehendaki dengan segera. Mereka tidak memikirkan kesan jangka panjang kepada sikap dan pilihan mereka. Jalan-jalan yang seronok dan mudah kerap dipilih berbanding dengan jalan yang perlu dilakukan untuk berjaya dan kekal begitu.

Setiap hari, setiap minit dan setiap saat, kita membuat pilihan sama ada memilih perkara yang susah tetapi perlu ataupun perkara yang seronok dan senang tetapi tidak ada makna. Setiap masa itu juga kita perlu berjuang dan memenangi perjuangan itu supaya tidak memilih "jalan cepat" dan "jalan mudah".

Kemenangan ini penting sekiranya kita benar-benar ingin berjaya menjadi semua yang kita boleh.
Bukan setakat berjaya tetapi KEKAL berjaya.
~No Excuses~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?