Shaklee Mengajar Saya Makna KESIHATAN

Assalammualaikum dan Terima Kasih kepada yang sudi singgah ke blog ini. Seperti yang anda maklum bagi yang pernah singgah sini, atau kepada yang baru tersinggah sini, blog ini saya bina khusus untuk mempromosikan saya sebagai Pengedar Bebas Shaklee khususnya di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu dan Telupid. Adik saya pula Pengedar Bebas Shaklee di UiTM Shah Alam. 

Baik, emm.. apa mau tulis ni? Begini, saya bukan orang baru dalam bidang blog ni, saya bermula dengan blog Nota Suara Aku sejak tahun 2005. Pada masa itu, blog digunakan sebagai diari untuk saya rakamkan segala peristiwa yang berlaku disekeliling saya. Pada masa itu, saya masih bergelar Mahasiswa. Macam agung betul gelaran tu kan. Di dalam blog tu jugalah, saya mengenal beberapa blogger. Ada beberapa orang yang masih lagi berhubung sampai ke hari ini. Sehinggalah saya berhenti untuk beberapa ketika kerana tiada kelapangan. Dan tahun lepas, saya kembali dengan blog baru ini Jom Sehat Sekaki sebaik saja saya menandatangani borang keahlian Pengedar Bebas Shaklee. 

Pada mulanya, saya menggunakan Shaklee sebab untuk mencuba dan mengikut nasihat kakak saya memandangkan anak saya yang ketika itu berumur Setahun 5 Bulan seringkali demam. Kalau boleh setiap bulan mesti demam. Asal cukup bulan demam. Demam bukan sehari dua, kadang-kadang seminggu. Dan saya sedih sebab berat dan badannya kekal kurus. Bak kata bapa saya, macam tidak diberi makan. Bermula masa itulah, saya terjerumus dalam Shaklee ini. Itupun bukan niat untuk berniaga. Kerana pada saya, Shaklee hanya menawarkan Kesihatan Yang Lebih Baik Kepada Semua Orang. Sehinggalah sepupu saya merangkap Upline saya menerangkan tentang Shaklee bukan sekadar itu. 

Apa yang menarik minat saya untuk berShaklee seterusnya menyebarkan Shaklee ini adalah pendekatan yang digunakan begitu telus dan jelas. Shaklee jual produk. Produk itu berbentuk makanan kesihatan. Makanan kesihatan yang universal dan tidak tertumpu kepada sesuatu penyakit. Shaklee juga mengajar saya tentang KESIHATAN. Ya kesihatan yang seringkali diabaikan dan dipandang remeh oleh kebanyakan orang seperti saya sebelum ini. Saya ingat saya sudah cukup sihat apabila jarang sekali sakit. Saya rasa saya tidak perlukan nasihat pemakanan nutrisi ataupun bimbingan apa yang patut dimakan dan diminum. Saya rasa saya tidak perlukan Suplemen!! Ya itu yang saya rasa. Dan jika anda juga merasakan seperti itu, saya ingin memberitahu anda, bahawa anda juga telah mengabaikan KESIHATAN.

Saya tidak peduli tentang karbohidrat, protein, vitamin, lemak dan sebagainya. Saya tidak pernah tahu komposisi nutrien dalam nasi, ayam, kuih muih dan minuman. Yang saya tahu, makanan berminyak tidak elok untuk kesihatan. Tetapi soal apa yang tidak elok itu saya tidak tahu. Bagaimana ianya memberi kesan secara tidak langsung juga saya tidak tahu. Saya hanya tahu berdasarkan apa yang orang cakap. Sampai begitu sekali saya mengabaikan KESIHATAN.

Bercakap tentang penyakit dari kecil, saya mempunyai resdung yang agak kuat. Saya tidak percaya ada makanan yang dapat menghapuskan resdung ini. Saya makan suplemen Shaklee seperti Omegaguard, ESP dan Mealshake. Selepas 2 bulan, saya perasan selepas mandi pagi, bersin dah kurang. Masa hujung minggu membersihkan rumah pun, saya tidak lagi bersin. Saya kemudiannya membuka buku Nutrisi yang dibekalkan semasa mendaftar keahlian Pengedar Bebas Shaklee. Tengok kan, Shaklee mengajar saya tentang KESIHATANtanpa paksaan. Saya sukarela membuka buku Nutrisi dan membaca bagaimana Resdung saya boleh berkurang. Saya tidak katakan, resdung saya hilang sepenuhnya. Sekurang-kurangnya saya tidak perlu lagi takut dengan habuk. Saya tidak takut lagi dengan air sejuk di pagi hari. Saya tidak lagi memusuhi hidung saya sendiri. Ya, memusuhi hidung. Saya pasti penghidap resdung juga memusuhi hidung. Sampai begitu sekali. 

Syukur Alhamdulillah, saya menyedari akan kebaikan memakan suplemen Shaklee ini. Bermula dari situlah, saya menyebarkan Shaklee dan mengedarkan Shaklee sesuai dengan gelaran Pengedar Bebas Shaklee. Saya sebarkan dengan ahli keluarga yang lain. Saya sebarkan dengan rakan sekerja, saya sebarkan dengan jiran-jiran di apartment. Saya keluarkan duit membeli flyers dan memasukkan ke dalam peti surat jiran-jiran. Ya itu saya buat, selepas saya menyedari kepentingan KESIHATAN

Alhamdulillah, semasa catatan ini dibuat, saya sudah menggunakan Shaklee selama 11 Bulan dan menjangkaui umur SETAHUN. Saya gembira dengan sebaran saya tentang Shaklee kepada orang lain. Walaupun begitu, saya masih belum berpuas hati sebab saya merasakan masih ramai yang belum menyedari makna KESIHATAN. Ada yang lebih mendukacitakan, ada sebilangan besar kita ingin cepat SIHAT dengan mencuba produk yang mendakwa produk KESIHATAN sebaliknya membawa kesan yang lebih teruk. 

Sekiranya anda yang membaca catatan ini ingin mendapatkan produk kesihatan Shaklee ini, boleh menghubungi Pengedar Bebas Shaklee berdekatan anda. Ataupun boleh terus menghubungi saya, insyaAllah saya akan mencuba sedaya upaya membantu anda. Jom berShaklee!!

Assalammualaikum, terima kasih kerana meluangkan masa membaca catatan ini. Sebarang cadangan dan maklumbalas juga saya alu-alukan untuk meningkatkan mutu penulisan ini.

Irman Rahaban / Rodiyanah Ansau

012 869 3236 / 017 8322572
Pengedar Bebas Shaklee
SID 878411


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?