Kajian Tentang Senyum


Hasil penemuan di Harvard Medical School mendapati senyum menjadikan seseorang mampu bekerja dengan lebih efektif. 

Kajian penyelidik Universiti Kansas mendapati, orang yang banyak tersenyum memiliki kelajuan jantung yang normal dan kadar tekanan yang rendah. 

Menurut pengkaji, otot muka terentu dapat memberi isyarat kepada otot bahawa anda bahagia ketika tersenyum. 

Manakala untuk memperbaiki mood, penyelidik dari Universiti Southern Methodist menyarankan untuk menulis perkara-perkara baik yang dialami setiap hari.

Sekali anda tersenyum, banyak kesan positif yang ditimbulkan. Ahli psikologi, Vera Itabiliana Hadiwidjojo, mengatakan saat tersenyum, bahagian otak yang mengatur emosi bahagia diaktifkan. 

Dengan senyum, hormon pemicu stres berkurang, sementara hormon pembangkit mood meningkat.
Kajian penyelidik Barat juga menunjukkan sekali senyuman menimbulkan efek rangsangan pada otak yang setara dengan efek anda makan 2,000 batang coklat.

Namun begitu, bukan semua senyum memberikan efek sedemikian kerana yang dimaksudkan ialah senyum yang tulus ikhlas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?