Kenapa Matlamat Belum Tercapai - Siri III

TULIS MATLAMAT ANDA

Ini AMAT penting. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapai kannya. 

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis Matlamat  anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa Matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat digenggam ! 

Ulasan:-

Cuba anda ambil sebatang pen dan sekeping kertas yang BESAR. Ok, cuba senaraikan Matlamat hidup anda. Dalam setengah jam, berapa banyak Matlamat yang anda dapat buat. Saya sudah mencubanya, dan amat mengejutkan dalam setengah jam, saya masih berfikir apa yang saya mahu. Sebelum ini, saya telah berkongsi dengan isteri, apa Matlamat saya. Tapi bila hendak ditulis, saya jadi kelam, tidak tahu apa yang diingin. Sebab itu, jika anda ada Matlamat, anda paksa diri untuk tulis. Jangan malu untuk memberitahu diri sendiri dan kongsi dengan pasangan anda Matlamat anda. 

Kini, jika ditanya apa Matlamat saya, saya dengan yakin boleh menyenaraikan Matlamat saya. Perkara nombor satu yang ingin saya capai dalam hidup ialah BEBAS BEBAN HUTANG. Saya ada hutang rumah dan pinjaman peribadi. Berapa jumlahnya tidak perlulah saya tulis di sini. Tetapi HUTANG ini hanya akan selesai dalam tempoh 40 Tahun mengikut atas kertas perjanjian. 

Bila sudah nampak Matlamat ini, saya boleh tanam dalam hati, saya bekerja untuk melangsaikan hutang yang ada. HUTANG memaksa saya untuk mencari peluang bagi menyelesaikannya. Dan Alhamdulillah, saya menemuinya. Dengan "peluang"ini saya yakin dapat melangsaikan HUTANG ini dalam tempoh yang singkat dari sepatutnya. Hari-hari sebelum kerja dan balik kerja, bila mengadap blog ini, saya akan terus teringat bahawa saya mempunyai matlamat yang jelas. Sangat jelas sebenarnya. 

Jika anda juga mempunyai Matlamat yang sama, perkara yang perlu anda lakukan ialah dengan mencari solusi yang tepat. Solusi ini boleh jadi dalam bentuk perniagaan yang juga mesti jelas dan tepat. Perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar kecuali semangat yang besar. Perniagaan yang tidak memerlukan anda untuk menyelenggara masterlist anda kecuali menyelenggara hati dan mentaliti anda. 

Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang kerana saya tidak mempunyainya. Saya tidak juga menjual mimpi-mimpi kerana mimpi itu hanya sementara yang indah di waktu kita dalam keadaan separa sedar. Saya hanya mampu untuk membimbing dan bersama-sama untuk melakukan perkara yang telah dilakukan oleh orang berjaya sebelum ini. Hanya 'copy and paste' perkara tersebut, selebihnya SABAR dan SOLAT. Jangan anggap kita hidup sendiri tanpa pergantungan kepada Allah swt. Minta dengan Maha Menguasai, pemilik hati-hati manusia.

Saya mengucapkan terima kasih atas sokongan anda membaca catatan ini sehingga ke saat ini. Saya mengalu-alukan cadangan dan maklumbalas berhubung catatan ini untuk meningkatkan mutu penulisan saya di masa akan datang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?