18 Tip Untuk Jemaah Bakal Haji

Assalammualaikum wbt, InsyaAllah kita sudah memasuki bulan Haji. Pastinya ramai saudara mara kita akan mengerjakan Haji.

Kebetulan ada sahabat yang kongsikan beberapa tip yang boleh digunapakai oleh Bakal Jemaah Haji ketika menunaikan Haji.

1. Bawa berus dan sabun untuk basuh bju dan lain-lain. Sebab ianya tahan kena air. Sabun serbuk di sana kuat boleh menyebabkan reput kain. Di hotel pula ada servis dobi kena bayar.

2. Bawa 'extension cord'.
Banyak jasanya berkongsi dgn kawan sebilik untuk cas telefon. Banyak jasanya nanti di Mina. Bawak juga Internasional adapter.

3. Bawa juga tali ampai.
Buat gantung baju dlm bilik. Keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga.

4. Bawa ubat panadol dll Banyak gunanya untuk diri sendiri dan kawan2. Terutama di kem Mina. Juga bawa ubat batuk sendiri.

Ingin membawa bekalan suplemen Shaklee sebagai bekalan di sana? Hubungi saya Irman Rahaban, Pengedar Shaklee di Negeri Sabah. 012 869 3236

5. Bawa alquran kecil
Bawa AlQuran yang sendiri punya. Senang untuk di baca di mana-mana. Niatkan juga untuk khatam di Mekah. Ini menambah manisnya ibadah Haji.

6. Makanan di sana tidak pedas.
Orang Malaysia terkenal dengan makanan yang pedas-pedas. Di sana makanan banyak guna sos tomato. Bawalah sos cili, kicap, serunding daging, sambal dah siap dibotolkan, lada dan lain-lain.

Di Shaklee, terdapat kombinasi suplemen yang penting untuk keperluan jemaah Bakal Haji. Hubungi saya Irman Rahaban, Pengedar Shaklee Di Sabah untuk mendapatkan suplemen anda. Hubungi 012 869 3236 sekarang.
Suplemen Untuk Bakal Haji
7. Bawa sudu kecil dan lampu suluh.
Masa ke Muzdalifah bawa sudu untuk korek tanah cari batu kecil untuk melontar. Ada yang nasihat jangan cari di Mina, sukar sebab ramai orang. Kumpul batu bagi lebih sikit masuk siap-siap dalam uncang, Lampu suluh kecil jgn lupa. Siap melontar batu lebih dibuang. Haram bawa balik.

8. Pilih 1 Mercu Tanda Di Luar Masjid.
Di dalam Masjidil Haram tidak boleh duduk dekat suami isteri waktu solat. Polis dan pegawai masjid akan arah isteri ke saf lain. Jadi jika takut terpisah bila isteri di suruh ke saf lain, janji dengan isteri di luar masjid di satu tempat yg dijanjikan(pilih satu mercu tanda). Jika nak iktikaf bukan waktu solat boleh bersama suami isteri. Elok pergi dalam kumpulan rakan sebilik. Jika terpisahpun tidak risau.

9. Bawa telefon untuk kecemasan.
Ingat mercu tanda dan bangunan masa ke masjid dll supaya tak sesat. Jika ada telefon lagi baik. Senang nak hubungi.

10. Pilih rangkaian telefon yg senang nak top up...spt Zain, Mobile. STC susah sikit. Biasanya TH akan bagi simkad Mobile.. kena top up. Cari top up YG boleh guna Whatsapp.

11. Di hotel ada khidmat telefon guna kad iTalk lagi jimat jika nak call keluarga di Malaysia. Jika pandai guna line internet hotel buat panggilan video dll.

12. Jangan bawa duit tunai banyak.
Di hotel ada klinik dan perkhidmatan keluar duit TH..boleh keluar duit hari2 yg mampu

13. Masa Taklimat sebelum flight ada kaunter utk tukar duit Saudi Riyal di TH untuk duit poket.

14. Buat Giliran Ambil Makanan.
Bila ke masjid pakat kawan2 sebilik siapa gilir2 boleh ambil nasi makanan tengahari dan malam ikut bilangan kawan2 sebilik. Ambil letak di bilik.

Jangan abaikan pengambilan makanan tambahan untuk bekalan Bakal Jemaah Haji. Hendak Tahu apa suplemen yang anda perlukan? Hubungi saya , Irman Rahaban, Pengedar Shaklee di Negeri Sabah. Hubungi 01 2869 3236 sekarang.

15. Tok Arab di sana ramai pandai cakap melayu tak perlu risau jika nak beli apa2. Jangan takut minta tawar. Hehehe

16. Patuh pada arahan TH. Masa pi melontar jangan ikut jalan lain atau turun tangga. Nanti sesat.

17. Jika nak beli Al Quran untuk wakaf di Masjid pastikan yg ada tali kuning dicetak di Madinah. Jangan beli yang tali biru hijau. Jika diletak di masjid akan diambil oleh pekerja masjid. Hanya Al Quran cetakan Madinah dibenarkn diletak didalam masjid.

18. Sebelum pergi kena banyak buat solat hajat.. solat sunat taubat dll... minta juga dipermudahkan segala urusan. Mudah2an dimaqbulkan. Ini sangat penting.

Selamat berangkat..... semoga dipermudahkan, mendapat Umrah dan Haji Mabrur...Aamiin

P/s: Copy/paste.....
Semoga bermanafaat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?